ADVERTISEMENT BANNER

Wanita 61 Tahun Dagang Gadis Bawah Umur, Di Penjara 6 Tahun

Wednesday, 14 November 2012



Seorang wanita tempatan berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kelmarin atas kesalahan memperdagangkan seorang remaja perempuan bagi tujuan eksploitasi.


Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum (gambar atas) mengenakan hukuman itu terhadap Mak Gonda Ad Rahman (gambar post atas), selepas membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah rendah.

Richard dalam penghakimannya berkata, mahkamah memandang serius kesalahan berkenaan, yang mana berkaitan dengan eksploitasi.


Tambahnya, responden seharusnya melindungi mangsa dan aktiviti seumpama itu tidak mudah dikesan, oleh itu, hukuman harus ditingkatkan daripada dua tahun setengah kepada enam tahun.

Responden dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Oktober tahun ini, selepas mengaku bersalah memperdagangkan mangsa berusia 13 tahun, pada 27 September lalu jam 2 petang, di sebuah bilik hotel, Jalan Hj Yaakub, Kg Air, Kota Kinabalu.



Sumber: Utusan Borneo






ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal

0 comments:

Post a Comment