ADVERTISEMENT BANNER

Masalah tanah dan tanah adat berleluasa di seluruh Sabah

Friday, 30 November 2012



KENINGAU - Masalah tanah dan tanah adat (NCR) begitu berleluasa diseluruh negeri Sabah. Kejadian rampasan tanah dan hak anak negeri terabai oleh kerajaan BN. Demikian juga masalah tanah berlaku di kawasan Mukim Dalit dan di Kg Rimbayan kawasan Sook.



Parti Maju Sabah (SAPP) telah menggubal polisi untuk menyelesaikan masalah tanah di Sabah. Tanah adat (NCR) dan tanah-tanah yang dahulunya dipohon oleh penduduk kampung dan telah diambil oleh orang lain atau syarikat akan dikaji semula dan akan dikembalikan kepada penduduk kampung termasuk geran komunial juga akan di kaji semula seterusnya akan dibahagi-bahagikan dalam bentuk geran NT kepada penduduk kampung. Demikian saranan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa lawatan ke Kg. Dalit Station dan Kg. Rimbayan Sook.



Orang asing (PTI) dengan senang wenang mendapat kad pengenalan MyKad sudah sampai ke satu tahap yang membimbangkan. Projek IC dibawah pemerintahan Umno/BN menjadi masalah besar kepada rakyat Sabah, mereka jadi warga Negara dengan begitu mudah sekali yang diurus oleh Putrajaya. Hak dan keselamatan rakyat Sabah sudah terancam, masalah sosial, masalah jenayah dan rampasan hak dan peluang rakyat Sabah amat terasa disemua pelusuk negeri Sabah.




Untuk menyelesaikan masalah ini SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (IC SABAH), untuk rakyat tulin Sabah. Orang Sarawak dan Semenanjung yang sudah jadi penduduk tetap di Sabah juga layak memohon. Cara ini sahajalah dapat membezakan orang asing yang ada MyKad dengan rakyat Sabah tulin yang ada Mykad dan Sabah IC.



Semua urusan kerajaan termasuk permohonan lesen perniagaan, biasiswa, permohonan kerja, kebajikan, permohonan tanah dan sebagainya perlu gunakan Sabah IC untuk mendapat kelulusan.



Dalam majlis Harapan Baru Sabah tersebut, Presiden SAPP telah Melancarkan Markas SAPP Mukim Dalit dan Sub Markas Kg. Rimbayan. Seramai 100 orang meyertai SAPP di Kg.Dalit dan seramai 120 orang meyertai SAPP di Kg.Rimbayan.



Turut hadir ialah Datuk Hj Md Noor Mansor, Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Hj.Amde Sidik, Naib Presiden Datuk Frankie Chong, Edward Dagul, Jimmy Jawatah, Japiril Suhaimin, AMT, Aloysius Danim, Abdul Malik, Kpt Joseph Lakai, Puan Irene Chan dan pemimpin-pemimpin CLC Sook.



SAPP Media





ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal

0 comments:

Post a Comment