
Kehadiran Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan juga Datuk Hj Mohd Noor Mansur penasihat parti diiringi oleh konvoi 150 buah motorsikal memang sesuatu situasi diluar jangkaan. Apatah lagi lebih seribu orang hadir ke perjumpaan itu.
Menurut Ketua Pemuda CLC Bongawan, padang tapak program tersebut telah dibaik pulih hasil usaha En. Jamil William dan penduduk kampung Telantang. Padang tersebut dibiarkan tanpa diselenggara oleh BN lebih 17 tahun.

Menurut beliau kerajaan SAPP akan memberikan hak-hak pemilikan tanah kepada penduduk kampung apabila membentuk kerajaan kelak. 500 penduduk di dalam Daerah mengundi Kuala Pus kawasan Bongawan belum mempunyai geran tanah dan mereka telah menunggu lebih dari 20 tahun.
Yong berkata melalui reformasi tanah, semua impian penduduk bakal menjadi kenyataan. Menurutnya lagi sebuah kerajaan berotonomi sahaja yang mampu membantu rakyat mendapatkan hak mereka.

Sementara itu Datuk Hj Mohd Noor Mansur berkata keadaan Sabah hari ini begitu tenat dengan pemimpin BN berlumba-lumba mengutip keuntungan peribadi. Beliau melahirkan rasa terkejut kerana setelah 50 tahun kemerdekaan beliau merasa terkejut melihat jalanraya ulu Kimanis dan menuju ke Kampung Telantang seolah-olah masih di zaman kolonial. Jalanraya becak dan berlumpur menunjukkan janji BN tidak pernah ditepati. Apatah lagi kawasan berkenaan diwakili oleh seorang Menteri Persekutuan.
Turut menyampaikan ucapan dimajlis tersebut ialah Datuk Eric Majimbun Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul Ketua Pemuda dan Jaafar Ismail Pengerusi CLC Bongawan. Sementara itu beberapa Ahli Majlis tertinggi turut serta Jamain Sarudin Setiausaha Penganjur Parti, Aloysius Danim Siap (AMT) dan Malek Mohed (AMT) serta Thomas Chong (Pengerusi CLC Membakut).
ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal
0 comments:
Post a Comment