ADVERTISEMENT BANNER

APS: Tukar kerajaan PRU-13 jalan terbaik pulihkan demokrasi sebenar

Saturday, 1 December 2012



KEMABONG - Presiden Angkatan Perubahan Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menegaskan bahawa niatnya keluar daripada UPKO yang diasaskannya sendiri namun demi rakyat dan kedaulatan negara khususnya dinegeri ini beliau tiada pilihan tetapi terpaksa meninggalkan perjuangan itu.



Disebabkan itu katanya, beliau tidak ragu ragu menggalas tugas yang berat untuk memperkukuhkan kekuatan pembangkang dengan menubuhkan satu pertubuhan NGO Angkatan Perubahan Sabah (APS) dibawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.



“Kita tidak sanggup melihat penyelewengan terus berleluasa, rasuah dan yang terbaru tuduhan RM40 juta yang turut mengaitkan Ketua Menteri Sabah manakala rakyat orang asal terus dipinggirkan dari mendapat hak tanah tanah adat NCR,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 500 orang menghadiri pelancaran APS Kemabong di Sungai Api pada Rabu.



Turut mengiringi Bumburing dimajlis itu, Datuk Maijol Mahap, Datuk Kalakau Untol, Datuk Herman Tiongsoh, Datuk Halik Zaman (PKR) selain tuan rumah Datuk Raymond L Laikim dan Biou Suyan.



Selain itu katanya, isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemberian kerakyatan negara ini kepada warga asing menerusi pintu belakang termasuk pengeluaran Kad Pengenalan secara “express” masih terus menjadi jadi tanpa kawalan pihak berkuasa.

Bumburing yang juga merupakan Ahli Parlimen Tuaran menegaskan, beliau dikejutkan dalam satu kejadian ngeri pembunuhan seorang gadis bawah umur rakyat tempatan di salah sebuah kampong dalam daerah Kota Marudu dimana pelakunya adalah rakyat asing Pakistan.



“Saya baru juga melawat keluarga mangsa...keluarganya memberitahu bahawa mangsa bukan sahaja dirogol dan dibunuh tetapi mayat mangsa turut dianiaya dimana ia dicampakkan ditepi jalanraya diKota Marudu.



“Ini memperlihatkan kepada kita bahawa keselamatan rakyat dinegara kita kini semakin terancam dengan adanya kehadiran warga asing yang tidak terkawal...lebih lebih lagi pemilikan kerakyatan dan kad pengenalan boleh diperolehi dengan mudah dan cepat,” tegas Bumburing.



Manakala rakyat dikawasan luar bandar terutamanya masyarakat orang asal yang masih tinggal menetap ditanah tanah adat NCR sejak berpuluh tahun lalu harapan mereka turut musnah apabila tanah tanah NCR dibangunkan kerajaan menggunakan geran komunal sebagai tipu muslihat mereka untuk merampas kembali tanah tanah tersebut, tegasnya.



“Saya begitu hairan sekali...kerana apabila tanah tanah orang asal dirampas dan rumah rumah mereka dirobohkan, mereka dibiarkan merempat dimana mana. (tetapi) jikalau setinggan yang diwujudkan oleh PTI dipinggir pinggir kota...sebelum rumah mereka dirobohkan mereka disediakan satu kawasan penempatan sementara...apakah ini adil?



“Itu sebabnya kita memikirkan semasak masak jalan yang terbaik harus dilakukan demi menyelamatkan keadaan...dari aspek keselamatan, kedaulatan dan niat kita untuk dapatkan kembali hak kita yang semakin terhakis...maka tidak ada jalan pintas selain kita minta mandat daripada rakyat untuk menukarkan kerajaan Barisan Nasional, ” tegasnya.





ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal

0 comments:

Post a Comment