ADVERTISEMENT BANNER

Polis Sandakan Lindungi Penjenayah?

Thursday 3 January 2013



KESAL...Aisah akan buat laporan ke Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasaan Malaysia jika polis Sandakan gagal tangkap Rugayah. Gambar sisipan, Abdullah dan Rugayah sepasang suami isteri yang terlibat melakukan penipuan tuntut waris Satta Unggi dan Noraini Nahar.





Shaimon S Jumadi



Peguam Bela Tetuan Aisah Ahmad & Company mendedahkan di Majlis Sidang Akhbar Tertutup mengenai kes penipuan yang membabitkan 3 orang iaitu Ismail Tarandan, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang kini masih lagi bebas; walaupun kes ini sudah dilaporkan kepada pihak Polis dengan cukup bukti tetapi, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.



Menurut Aisah, pihak Polis terlalu sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan walaupun cukup bukti yang kukuh untuk membolehkan pihak polis mendakwa dan menangkap kepada kedua-dua orang yang terlibat kes penipuan tanah iaitu menuntut waris orang yang masih hidup.



Memandangkan kes ini banyak melibatkan orang tertentu terutamanya para pegawai kanan kerajaan dan dua tiga orang pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), maka tugas pendakwa agak sukar.



Aisah agak hairan kenapa pihak polis sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan; walaupun terang-terang membuat penipuan dan membabitkan orang kenamaaan kerajaan.



"Kenapa pihak polis tidak juga membuat tangkapan terhadap Rugayah Ahmad, isteri kepada Abdullah Japar yang cukup bukti, tetapi masih bebas,” tanya Aisah.



Berikut fakta daripada Dalam Mahkamah Rendah Syariah Sandakan Permohonan No SS – 12- 1990 Dalam Perkara: Harta Pusaka Simati Noraini Binti Nahar Kad Pengenalan H.0612474 “Afidavit Bagi Permohonan Membahagi Harta Pusaka.”



Saya Rugayah binti Ahmad KPT 660223-12-5200 bersumpah dan berikrar dengan Nama Allah menyatakan bahawa:-



1. Saya adalah ketua Pemohon dalam permohonan ini, tinggal menetap di alamat Kg Forest PPM 274 Elopura, Sandakan bertindak sebagai Pemohon dalam permohonan ini.



2. Simati Noraini binti Nahar KP: H0612474 telah meninggal dunia di Sandakan (sedangkan Noraini masih Hidup)



3. Pada saat kematian Simati masih memiliki secara sah harta-harta berikut ini yang masih belum di berikan kepada waris-waris yang berhak iaitu:



4. Tanah NT No: 093091859 di Koyah A Kinabatangan (Rugayah binti Ahmad Kpt: 660223-12-5200



5. Simati tidak mempunyai waris-waris lain



6. Semasa hidup, Simati tidak ada berwasiat



7. Semasa hidup, Simati tidak ada berhutang



8. Saya dengan ini memohon supaya harta-harta Simati sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 3 dibahagikan mengikut: Permohonan seperti di bawah ini iaitu kepada:-



Rugayah binti Ahmad KPT 660223-12-5200



9. Saya membuat permohonan pembahagian seperti yang dinyatakan dalam perenggan 11 diatas adalah berdasarkan alasan berikut:



PENAMA DI ATAS ADALAH ANAK KANDUNG SIMATI TIADA BANTAHAN DARI MANA-MANA PIHAK.



10.Dokumen-dokumen berikut yang masing-masing ditanda dengan, dilengkapi sebagai menyokong permohonan ini iaitu



13.1 Salinan Permohonan Tanah Kerajaan



13.2 Salinan KP Pemohon.



Kata Aisah, Inilah antara fakta kes yang disebutkan di dalam Mahkamah Rendah Syariah oleh Rugayah Ahmad. Persoalannya, macam mana Rugayah mengaku dia anak kandung kepada Noraini Nahar; sedangkan kalau diperhatikan dengan terperinci dan diteliti lihat nombor Kad Pengenalan Rugayah Ahmad 660223-12-5200 dan sementara nombor Kad Pengenalan Noraini Nahar ialah 641116-12-5324 perbezaan umur antara Noraini dengan Rugayah Cuma tua 2 tahun sahaja.



" Logikkah baru berusia 2 tahun sudah menjadi ibu kepada Rugayah? Nampaknya Rugayah belum begitu cekap untuk menjalankan kegiatan penipuan secara professional perlu ambil kursus lagi untuk mendapatkan sijil penipuan,” tambah Aisah.



Kata Aisah, bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan dan peguam kepada mereka yang terbabit merayu kepada Ketua Polis Daerah Sandakan agar mengambil tindakan segera terhadap Rugayah Ahmad yang cukup bukti.



"Jika pihak polis masih meragui mengenai kes ini, saya sedia dipanggil bila-bila masa saja untuk mengemukakan segala- bukti-bukti kukuh kerana semua dokumen ada dalam simpanan saya," ujar Aisah.



Sebagai peguambela kepada 400 orang, sekiranya polis Sandakan tidak mengambil sebarang tindakan membuat tangkapan kepada Rugayah dalam tempoh 10 hari dari sekarang; Aisah tidak mempunyai pilihan, melainkan pergi ke Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis di Bukit Aman bahawa pentadbiran Polis Sandakan terlalu lemah dan seterusnya juga membuat aduan kepada Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasan Malaysia (SIPM) agar mereka camputangan kes yang semakin parah.



ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal

0 comments:

Post a Comment