ADVERTISEMENT BANNER

7 Tuntutan Pembangkang Dalam Deklarasi Himpunan KL112?

Saturday 12 January 2013




Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) di Stadium Merdeka pada Sabtu Himpunan Kebangkitan Rakyat atau nama singkatannya KL112 bermula kira-kira pukul dua petang dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku Stadium Merdeka dan berakhir dengan acara bacaan deklarsi lapan tuntutan kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.


Himpunan tersebut berakhir tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Menerusi deklarasi yang dibacakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu antara lain menggesa kerajaan melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.



Tujuh lagi kandungan Deklarasi KL112 ialah:


  1. Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

  2. Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

  3. Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

  4. Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

  5. Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

  6. Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

  7. Menuntut pembebasan tahanan politik.




Sumber: mStar



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment