ADVERTISEMENT BANNER

Kes Norikoh, SAPP Bukan Ambil Kesempatan

Tuesday 11 December 2012



Saudara Pengarang,



Rahsia di sebalik pergerakan "In Remembrance And Justice For Adik Norikoh" di Pekan Kota Marudu pada Ahad lalu, adalah satu anjuran simbolik daripada SAPP CLC N.5 Tandek, khusus untuk memperingati pemergian Norikoh yang ke 14 hari. Kami tiada niat langsung untuk membuat "Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan."



Tujuan kami adalah ikhlas.



Mesej yang sebenar kami ingin sampaikan adalah soal kesedaran dan keselamatan khusus buat seluruh rakyat Kota Marudu dan khasnya rakyat di Sabah, di mana setiap ibu/bapa terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak 'sumandak' supaya jangan sesekali ikut orang yang tidak dikenali.



Nah, akibatnya, inilah yang telah berlaku terhadap adik Norikoh sehingga kematiannya tiada seorang pun yang sanggup bertanggungjawab.

Seperti mana yang terpapar di Baner, "Kami Simpati Dan Akan Membela Diatas Pemergian Mu Adik Norikoh" adalah sangat jelas dan ikhlas, bahawa kami akan kotakan setiap ungkapan kami, jika sekiranya kes ini tidak ada kesudahannya kelak.



Ini bukan soal politik, tetapi soal maruah anak orang Sabah yang harus dibela. Walaupun, ada segelintir rakyat Tandek menafikan keikhlasan saya dalam memperjuangkan hak-hak orang kita/Sabah dan menuduh saya mengambil kesempatan mengageh-agehkan risalah parti semasa anjuran tersebut adalah tidak benar.



Tetapi anda silap kerana itu adalah anjuran SAPP bukan siapa-siapa.



Sebagai bukti, lihat saja permulaan dalam gambar bagaimana saya dan rakan-rakan mula bergerak. Bayangkan, hanya ada 13 orang sahaja yang benar-benar berjuang dan komited dengan penuh dedikasi bersama saya pada hari itu.



SAPP CLC Tandek 5 orang sahaja iaitu John Charles Mikat, Pathlyn Mikat (Ketua Mudanita), Angeline Mikat, Jenny Missin (Ketua Wanita) dan Damit Kundahal (AJK CLC). SAPP Pusat 5 Orang juga iaitu Willfred Gaban, Clement, Denny dan dua orang lagi. Kami turut disertai dua orang sukarelawan.



Apapun, semoga Tuhan akan menyebelahi kepada pihak yang benar. Kerja kami pun sudah selesai. Selepas tu SAPP CLC Tandek mulalah membahagi-bahagikan risalah parti! Salahkah kami berbuat demikian?



Salam Hormat,



JOHN CHARLES MITAH MIKAT






ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal

0 comments:

Post a Comment