Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan amaran bulan lepas pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menganjurkan demonstrasi jalanan sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) yang bakal menjelang sebelum April tahun depan.
Tetapi pemimpin PR menolak pandangan amaran tersebut dengan berkata mereka tetap menyokong proses demokrasi yang termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk pilihan raya.
Menyentuh isu yang sama, DAP berjanji tidak mewujudkan kekecohan sekiranya mereka gagal menubuhkan kerajaan pada pilhan umum ke-13 nanti, sambil mencabar parti lain untuk membuat perjanjian yang sama.
“Kami telah kata kami akan hormat pilihan orang dalam pilihan raya depan ini; jika kami tidak dipilih atau terpilih sebagai kerajaan oleh rakyat, kami tidak akan buat kekecohan,” kata ketua Wanita DAP, Chong Eng semasa Kongres Kebangsaan Wanita dan Pemuda Sosialis (DAPSY) disini hari ini.
Beliau turut menggesa pengerusi Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk “membuat komitmen sama jika BN tewas dalam pilihan raya, (dengan janji) mereka juga akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk memerintah secara aman”
.
Sumber: The Malaysian Insider
Sumber: The Malaysian Insider
ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal
1 comments:
nak janji dengan Umno/BN...???
porrahhhh.....!!! dasar setan, mana boleh pegang dg janji....
Post a Comment