ADVERTISEMENT BANNER

Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri

Wednesday 6 March 2013



6 Mac 2013





SHAH ALAM - Susulan serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi semalam, pengikut Sultan Sulu yang dilapor masih berkubu di Lahad Datu, Sabah engggan menyerah diri, sebaliknya mahu beralih kepada perang gerila.



Pasukan keselamatan meneruskan serangan hari kedua hari ini.



“Putera mahkota, pasukan keselamatan dan parajurit ramai yang pergi berjuang secara sukarela demi mencapai impian untuk mendapatkan kembali hak nenek moyang kami,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan

dirinya sebagai Sultan Sulu, semalam.





Beliau merujuk kepada bapa saudaranya Agbimuddin yang juga digelar sebagai raja muda atau putera mahkota yang mengetuai kumpulan penceroboh di Sabah.



“Apa yang kami mampu sekarang ialah memohon doa kepada ALLAH SWT untuk melindungi rakyat kami yang kini sedang berada di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan seluruh Sabah,” katanya dipetik Philippine Star.



Beliau menambah, Agbimuddin sendiri akan terus berjuang bagi menuntut dan menyelesaikannya secara aman.



Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani turut memaklumkan yang Agbimuddin terselamat dari serangan pihak berkuasa Malaysia.



“Raja muda dan pihak tentera kami masih hidup dan mereka selamat. Kali terakhir saya menghubungi baginda ialah pada pukul 2.30 petang semalam,” katanya.



Tambahnya, Agbimuddin dan para pengikutnya meninggalkan kubu mereka selepas diserang pihak berkuasa Malaysia.



Pada masa yang sama, Idjirani turut menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim,” katanya.







Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment