


Antara lain, Hajiji menerangkan perihal satu lagi persatuan Bajau-Sama yang baru. Ia itu, Persatuan Masyarakat Bajau Sama Sabah (PMBSS), dimana beliau selaku presiden penaja.
Menurut beliau, objektif utama persatuan tersebut ada lah untuk menyatu padukan suku kaum Bajau-Sama diseluruh negeri Sabah dari aspek kebudayan, sosial dan ekonomi. Namun persatuan tersebut tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti politik, kata beliau.
- Katanya, persatuan ini di ilhamkan sejak empat bulan yang lalu melalui perbincanagan dikalangan beberapa orang intilek Bajau di seluruh Sabah.
- Difahamkan bahawa sebagai langkah permulaan 15 buah cawangan di seluruh Sabah akan dirasmikan tidak berapa lama lagi.
- Ditanya sama ada peranan persatuan ini akan bertindih dengan persatuan-persatuan bajau yang lain; yangmana telah ujud lebih awal lagi sebelum ini, saperti Persatuan Sama Sabah(PSS) dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO).
- Kata Hajiji, isu ini tidak akan timbul, mala ia nya akan berganding bahu dengan persatuan-persatuan tersebut dalam memperkayakan serta memertabatkan lagi kebudayaan dan sosial suku kaum Bajau-Sama dinegeri ini, selaras dengan kewibawan suku-kaum etknik yang lain.
Manakala PSS lebih fokus kepada suku kaum bajau atau pun sama yang bermastautin di sebelah pantai barat saperti Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar.
Dalam kontek yang sama, ahli PMBSS merangkumi semua etknik Bajau-Sama diseluruh pelusuk negeri Sabah, termasuk suku kaum bajau di sebelah pantai timur Sabah, katanya.
Sumber: Penulis Solymone
via Sabah247 http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/pmbss-menjana-kekayaan-budaya-sosial.html
0 comments:
Post a Comment