ADVERTISEMENT BANNER

Mengapa BR1M Dikritik Tun Dr Mahathir?

Tuesday 4 March 2014


Jumlah wang negara yang terlibat dalam pemberian BR1M 3.0 adalah RM4.5 biliion bagi penerima seramai 7 juta ketua keluarga dan individu bujang. Jumlah itu akan meningkat sehingga RM9 bilion apabila maksima diberikan sebanyak RM1,200.



RM4.5 bilion merupakan 10 peratus jika dibandingkan dengan bajet pembangunan negara tahun 2014 yang berjumlah RM46 bilion atau 7.2 peratus daripada angka subsidi pukal negara yang diberikan kepada pengguna petrolium, berbagai keperluan asas lain seperti tepung, minyak masak dan beras yang jumlahnya mencecah RM62bilion.



Tujuan pemberian BR1M sebenarnya untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah akibat rasionalisasi subsidi yang melibatkan petrolium dan gula. Bayaran BR1M dimabil daripada penjimatan pembayaran subsidi pukal. Melalui BR1M, erti subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar sampai kepada sasaran; tidak sama dengan subsidi pukal, di mana mereka yang tidak berkelayakaanpun mampu menikmatinya.



Kekuatan BR1M adalah untuk menggerakan perekonimian setempat, kerana melalui pemberian BR1M, setidak-tidak wang yang berputar untuk kawasan-kawasan tertentu akan bertambah. Ekonomi sesuatu kawasan, sebenarnya akan turut berkembang, jika putaran wang bertambah.



Pemberian BR1M berlainan dengan projek besar pada sesuatu kawasan. Melalui projek besar wang akan berputar-putar pada tangan kontraktor dan penyedia bahan-bahan yang diperlukan. Ertinya hanya melibatkan sejumlah kecil rakyat. Kelemahan projek besar, wang tidak akan menambah jumlah wang pada sesuatu kawasan, yang membolehkan penambahan kekuatan daya beli rakyat. Benar, ada rakyat yang mendapat manafaat melalui projek besar iaitu melalui peluang pekerjaan, namun jumlahnya sedikit.



Melalui pemberian BR1M, setidak-tidak sesuatu kawasan akan menambah RM15 juta wang berputar-putar pada kawasan itu. Bayangkan pengaruh bergandanya.



Pemberian BR1M sebenarnya Tun Dr Mahathir tahu bukan sogokan politik; akan tetapi ianya diberi persepsi sebagai sogokan, kerana impak BR1M sebenarnya cukup kuat terhadap rakyat yang tergolong penerima. Dalam jangka pendek, memang tidak terlihat, bahawa pemberian BR1M akan mengubah sikap rakyat, terutama mereka yang tidak menyokong kerajaan; akan tetapi percayalah lambat laun, mereka itu akan sadar, dan akan bersyukur atas pembelaan kerajaan.



Perdana Menteri mengakui, bahawa melalui penjimatan subsidi pukal, maka kerajaan akan mampu menambah bajet untuk pembangunan. Ertinya projek juga akan terus berjalan dan pada masa yang sama rakyat juga menerima manafaat secara langsung melalui BR1M.



Kemiskinan, memang tidak dapat diatasi melalui BR1M. Kemiskinan hanya dapat diatasi melalui peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan. Peluang pekerjaan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan juga swasta. Benar, jika wang kerajaan disalurkan melalui projek besar akan mampu mengwujudkan pekerjaan, akan tetapi letak projek itu juga suatu masalah. Pengalaman kita, kebanyakan projek besar terletak di bandar-bandar besar, malah di negeri-negeri yang sudah maju seperti Selangor dan Pulau Pinang serta Johor. Erinya hanya penduduk negeri-negeri yang mendapat manafaat. Bagaimana penduduk Sabah dan Sarawak?



Pembinaan tol Utara-Selatan, pembinaan Jambatan Pulau Pinang satu dan dua, pembinaan Menara Petronas, hanya menguntungkan rakyat di mana projek-projek itu dibina, dan tidakpun dirasakan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, melalui BR1M, tidak kira di mana rakyat berada, semuanya menikamti huluran kerajaan itu.



Pengumuman kerajaan untuk tidak menaikan tol, sehingga kerajaan terpaksa membayaran pampasan RM400 juta, hanya mengutungkan pengguna-pengguna tol, sedangkan ramai lagi rakyat tidak menggunakan tol, malah masih berdepan dengan jalan berlumpur dan berkelikir.



Salah satu cara untuk menambah pendapatan rakyat adalah melalui perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan kerajaan biasanya melalui projek-projek; namun sejak Najib dilantik, perbelanjaan kerajaan ditambah dengan huluran BR1M.



Memang sesuatu polisi ada pro dan kontranya. Akan tetapi, penilaian terakhirnya, bahawa polisi itu disenangi ramai rakyat. Inilah yang berlaku terhadap BR1M, ianya disambut baik majoriti rakyat, walaupun ada rakyat elite seperti Mantan Perdana Menteri, tidak dapat menerimanya.



Seorang pemimpin Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said melalui blog beliau meminta agar rakyat negara ini menyokong pendekatan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri "off The Day"; kerana setiap pendekatan Perdana Menteri itu bertepatan dengan persekitaran ekonomi semasa.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment