ADVERTISEMENT BANNER

Banjir Melanda Kota Belud Lagi

Wednesday 15 January 2014











Banjir Kota Belud-Salah sebuah Rumah Penduduk Yang Tenggalam










Datuk Salleh di Dewan Tun Said Kota Belud-Melawat Mangsa Banjir

BANJIR besar pernah melanda Kota Belud tahun 1965. Banjir sebesar itu tidak pernah datang lagi, akan tetapi banjir datang secara runcit saban tahun setiap awal tahun.



Walaupun kedatangan banjir secara runcit, namun impaknya cukup besar, kerana setiap kedatangan banjir, kos yang ditanggung rakyat akan berulang, demikian juga bantuan daripada pihak-pihak tertentu juga berulang.



Para pemimpin setempat dan wakil-wakil rakyat saban tahun disibukan oleh banjir; selain membantu mereka yang menjadi mangsa juga mahu melihat, faktor apa kah yang menyebabkan banjir, selain faktor alam.



Banjir yang melanda kawasan yang sepatutnya bukan kawasan banjir hanya ada dua sebab, iaitu pemendapan muara sungai dan perbuatan manusia sendiri kerana mengubah lanskap yang disediakan oleh Tuhan.



Kekerapan banjir yang melanda Kota Belud, terutama di awal tahun, faktor penyebab utamanya adalah pemendapan muara sungai Tempasuk akibat mendapan limpahan daripada perlombongan tembaga di Mamut Ranau pada tahun 70-an.



Atas sebab itu, untuk menghalang agar banjir tidak berulang, tindakan yang boleh dilakukan adalah kembalikan keadan muara sungai Tempasuk seperti sedia kala. Ianya boleh dilakukan, kerana perbuatan manusia diatasi juga dengan perbuatan manusia.



Memperdalam muara sungai adalah satu-satunya cara mengelak banjir berulang di Kota Belud; sebab jika menghalang banjir bermula di pertengahan misalnya kawasan Pekan, ianya tidak akan berimpak kepada keadaan semulajadi alam yang telah dirosakkan.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment