Sama sekali tidak di duga bahawa begitu ramai yang datang menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia(gambar kanan) bertempat di Kampung Rampayan laut , Kota Belud, utara pantai barat negeri Sabah.
Menurut sumber(polis dan pengunjung) lebih kurang 60, 000 orang yang turun membanjiri kawasan rumah tersebuka tersebut (termasuk mereka yang gagal sampai kekawasan tersebut) . Wal hal jangkaan Jawatan Kuasa Penganjur USBO menduga, hanya sebanyak lebih kurang 30, 000 orang yang akan hadir.
Selain dari itu, menurut lapuran polis dan pengguna jalan raya menuju kekampung tersebut, berlaku ‘traffic jam’ luar jangka sejak jam 8.00 pagi hingga jam 5.50 petang kelmarin.
Dikata kan ‘traffic jam’ tersebut bermula dari kampung Lentigi; lebih kurang 32 km dari kampung Rampayan. Ia nya bertambah kronik bilamana memasuki bulatan Lebak Moyoh-Jawai-Jawi-Kg Rampayan Laut, Kota Belud.
Antara lain, PM merasa terpegun dengan kehadiran masyarakat pada majlis rumah terbuka Tan Sri Pandikar pada hari ini.
Dalam pada itu, Sama ada kehadiran masyarat yang begitu banyak untuk mendengar ucapan dan melihat PM sendiri atau pun sebagai simbol tanda sokongan kepada kepimpinan Tan Sri Pandikar / Datuk Seri Salleh Said atau pun sekadar mendengar untuk persembahan lagu-lagu dari artis sensasi saperti Hafiz, Awie dan lain-lain, saya pun kurang pasti. Kerana saya tidak sempat bertanya mereka-mereka yang hadir pada waktu itu.
Walau macam mana pun, pada pandangan saya, kehadiran yang begitu ramai bersama meraihkan majlis rumah terbuka hari raya Tan Sri Pandikar ada lah satu fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku di Kota Belud atau pun di daerah-daerah yang lain di Sabah.

- Difahamkan ada dikalangan pengunjung terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana tidak sanggup berhadapan dengan keadaan yang trajis itu. Mala ada yang melapurkan(termasuk penyanyi-penyanyi jemputan saperti Hafiz, Awie dan Khatijah Ibrahim ) terpaksa memakan masa selama 6 jam untuk sampai kedistansi tersebut.
- Dalam keadaan yang begitu kalut, penerbangan PM pulang dengan helikopter terpaksa di tunda selama setengah jam. Manakala Yang DiPertuan Negeri dengan rombongan juga terpaksa meninggalkan kereta resmi mereka dan berjalan kaki sejauh 300 meter menuju kedewan utama majlis rumah terbuka tersebut.
- Walau pun keadaan perjalanan ke tempat itu begitu mencabar, namun masih beribu-beribu orang yang sanggup datang bersama menyaksikan acara rumah terbuka Tan Sri pandikar.
- Difahamkan selain dari penduduk setempat, pengunjung dari luar saperti Tawau, Sandakan, Kudat, KK , Tuaran, Papar dan Beaufort juga telah hadir bersama disitu.
- Orang-orang kenamaan yang turut berucap pada hari itu, ia lah Datu Seri Salleh Said selaku Presiden USBO, Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah dan diakhiri oleh PM Datuk Seri Najib Abd Razak.
Antara lain, PM merasa terpegun dengan kehadiran masyarakat pada majlis rumah terbuka Tan Sri Pandikar pada hari ini.
Dalam pada itu, Sama ada kehadiran masyarat yang begitu banyak untuk mendengar ucapan dan melihat PM sendiri atau pun sebagai simbol tanda sokongan kepada kepimpinan Tan Sri Pandikar / Datuk Seri Salleh Said atau pun sekadar mendengar untuk persembahan lagu-lagu dari artis sensasi saperti Hafiz, Awie dan lain-lain, saya pun kurang pasti. Kerana saya tidak sempat bertanya mereka-mereka yang hadir pada waktu itu.
Walau macam mana pun, pada pandangan saya, kehadiran yang begitu ramai bersama meraihkan majlis rumah terbuka hari raya Tan Sri Pandikar ada lah satu fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku di Kota Belud atau pun di daerah-daerah yang lain di Sabah.
via Sabah247 http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/fenomena-banjiran-ribuan-pengunjung.html
0 comments:
Post a Comment