ADVERTISEMENT BANNER

Nak sebar fitnah pun buatlah research dulu...

Thursday 23 April 2015

Nak sebar fitnah di Permatang Pauh ni pun.. buatlah research dulu..




Apa yang tersebar di beberapa gropus laman WhatApps sejurus selepas PAS Permatang Pauh meluluskan usul memberi kata dua kepada PKR dalam isu di PRK Permatang Pauh ialah seperti berikut..

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut:-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.
8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
20 April 2015

Apa yang tak betulnya?

Setahu aku lah selama ini yang menerima kenyataan media dari Rafizi ni.. tak pernahlah lagi aku jumpa kenyataan media dia macam kat atas tu..

Maksud aku setiap perenggan kenyataan tu ada nombor..

Bila tanya kat Rafizi.. ini jawapannya...

Salam Sdr..  
Kenyataan yang berlegar di whatsapp kononnya dari saya mengenai PRK Permatang Pauh seperti di bawah adalah PALSU dan permainan jahat musuh KEADILAN.  
Lain kali nak meniru pun perlu semak kenyataan saya yang tidak pernah bernombor.

Nak sebar fitnah pun.. buatlah research dulu..



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Nak sebar fitnah pun buatlah research dulu...

Sabah Perlu Kepimpinan Najib

Monday 13 April 2015


1. Tiada yang mustahak dan penting bagi Sabah, samada rakyatnya atau pembangunannya, adalah sokongan yang bertali arus daripada kepimpinan pusat.



2. Terbukti, sebaik sahaja Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, Sabah diberi perhatian. Antara lain, pembinaan Projek Amonia di Sipitang, pembinaan SGOT, di Kimanis, kebenaran untuk Sabah menubuhkan Syarikat Minyak dan Gas, malah membenarkan Sabah mengambil alih operasi minyak dan gas bagi telaga-telaga baru yang dijumpai.



3. Selain itu, pengistiharan 16 September sebagai hari Malaysia dan cuti umum seluruh negara, merupakan pengiktirafan kepada rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Bayangkan sahaja sejak tahun 1963, 16 September hanya dijadikan sebagai cuti umum bagi TYT Sabah sahaja.



4.Melalui pemerintahan Najib, untuk julung kalinya enam menteri penuh kabinet daripada Sabah, ditambah dengan jumlah Timbalan Menteri yang hampir sama ramainya. Juga, untuk pertama kalinya, Speaker Dewan Rakyat dilantik daripada Sabah.



5. Juga melalui kepimpinan Najib, Trans-Borneo yang menghubungkan semua bandar di Sabah dan Sarawak menjadi realiti semasa pemerintahan Najib.



6. Juga melalui pemerintahan Najib, diwujudkan RCI untuk mengenal pasti, penyebab membanjirnya Pendatang Tanpa Izin ke Sabah, serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil untuk membendung kedatangan PATI.



7. Demi menjamin keseleamatan Sabah, diwujudkan ESSZONE/ESSCOM sebagai benteng kepada negeri, agar kemasukan PATI tidak berlaku.



8.Sabah tidak boleh kehilangan kepimpian Najib untuk tempoh 5-10 tahun akan datang, kerana Sabah dan rakyatnya memerlukan kepimpinan beliau.



9. Adalah tepat tindakan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman menyokong secara terbuka kepimpinan Najib.



10. Apapun kritikan terhadap Najib, rakyat Sabah tidak akan berganjak kepada sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri ke-6 itu.



11. Benarlah kata Speaker DUN Sabah- Datuk salleh Tun Said, bahawa Sabah dan Sarawak akan tetap menjadi fixed deposit UBN pada PRU-14 akan datang.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Sabah Perlu Kepimpinan Najib

Satu Lagi Kejayaan Datuk Musa

Tuesday 7 April 2015


DATUK Musa masih ingat, lawatan julung kali beliau di Pejabatn Perbadanan Pnjaman Sabah (SCC) tahun 2000, beliau diberitahu, bahawa keuntungan syarikat milik negeri itu hanya RM6 juta. Namun selepas 14 tahun, kini keuntungan syarikat itu mencecah RM71.1 juta pada tahun 2014.



Ekoran keuntungan yang cukup tinggi itu, GLC berkenaan membayar dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM20 juta untuk tahun 2014.



GLC itu berperanaan sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri, khususnya di kawasan luar bandar.



Pekan-pekan baru di Sabah kebanyakkannya mendapat pembiayaan daripada syarikat milik kerajaan negeri tersebut.



Musa yang berlatar belakang perbankan, sudah tentu bangga dan gembira dengan pencapaian syarikat milik negeri itu.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Satu Lagi Kejayaan Datuk Musa