ADVERTISEMENT BANNER

MENTERI KKMM KEMUKA CADANGAN MALIM GUNUNG DIBERI PERLINDUNGAN INSURANS

Wednesday, 10 June 2015

Sidang Media oleh YB Datuk Ahmad Shabery Chek, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Intipati ucapan :

YB Menteri KKM melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Malim Gunung, Bomba & Penyelamat, Taman-taman Sabah dan PDRM.

YB Menteri KKMM telah diberikan taklimat oleh pihak PDRM berkenaan operasi SAR sehingga ke hari ini

Beliau juga melahirkan rasa dukacita kerana ini merupakan pertama kali Gunung Kinabalu digegarkan oleh gempa bumi yang besar berukuran 5.9 skala richter.

Gegaran ini menyebabkan kehilangan nyawa tidak hanya di kalangan Malim Gunung bahkan juga rakyat Malaysia pelancong asing. Sehingga kini, 2 mangsa masih dicari.

Beliau berharap segala usaha mencari dan menyelamat dapat diteruskan dan menemui hasil.

Pihak KKMM sendiri telah dan akan membuat penilaian kerosakan dari segi komunikasi, ia adalah untuk memastikan sistem komunikasi tidak terjejas. Ini kerana pada hari pertama kejadian bekalan elektrik terganggu dan menyebabkan gangguan komunikasi juga turut terjejas namun syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat telah bergegas ke lokasi dan membaiki sistem perkhidmatan dan telah dimaklumkan sistem berada dalam keadaan baik pada malam kejadian. Ini kerana KKMM menyedari komunikasi adalah satu alat yang paling penting dalam sebarang bencana.

Terdapat permintaan dari persatuan malim supaya dibekalkan dedicated channel untuk kegunaan pendaki iaitu sistem walkie talkie. Oleh itu, pihak KKMM telah meluluskan 100 set walkie talkie sebagai tools untuk Persatuan Malim Gunung Kinabalu.

Justeru itu juga, KKMM akan memasang satu ripiter untuk capaian walkie talkie tersebut di atas gunung dan latihan penggunaan walkie talkie tersebut akan dibuat.

KKMM juga akan melihat standard operating procedures (SOP) kembali sekiranya berlaku bencana dan akan dibentangkan  dalam kabinet dan mencadangkan bulan oktober sebagai bulan kesiapsiagaan bencana. KKMM juga akan mendedahkan pendidikan di kalangan masyarakat tentang kesiapsiagaan dan kesedaran dalam menghadapi bencana.

KKMM melalui SKMM telah melancarkan Tabung Kemanusiaan bagi gempa bumi di Sabah melalui sms ke talian 13999.

YB Menteri juga telah mengumumkan kutipan yang baru memasuki 2 hari, telah mendapat kutipan lebih RM50ribu dan dijangka dalam sebulan akan melebihi jumlah yang lebih besar. Pihak KKMM akan membincangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bahawa sebahagian kutipan akan diberikan kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu dan juga kepada pihak yang terlibat dengan gempa bumi. Ini kerana difahamkan ekoran bencana ini kebanyakkan Malim Gunung telah kehilangan punca pendapatan.

Pihak KKMM juga akan membincangkan dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai sistem insurans untuk para Malim Gunung, kerana Menteri dimaklumkan bahawa tiada sebarang pelindungan dalam bentuk insurans kepada malim gunung. Menakisme akan dibincangkan, perlindungan insurans perlu kerana mereka adalah petugas atau wira yang tidak didendangkan "unsung hero".

Hari ini juga, KKMM akan menguji penggunaan drone mers 999 untuk membantu kerja-kerja pemantauan, penilaian dan tinjauan awal untuk kegunaan operasi SAR pada masa akan datang, khususnya di gunung kinabalu.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment