ADVERTISEMENT BANNER

Hubungan Najib-Tun Dr Mahathir: Musa Boleh Jadi Perantara

Sunday, 5 April 2015


1.TIADA pihak dalam Bn yang mendapat keuntungan daripada pertikaian antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dengan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, melainkan pihak pembanggkang.



2. Perlu ada pihak yang berwibawa menjembatani agar kedua belah pihak bertaut semula demi Umno Bn dan negara.



3. Mungkin mantan Perdana Menteri mempunyai sebab-sebab tertentu, mengapa beliau menyerang bertali arus Perdana Menteri. Sebagai mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan Presiden Umno, sudah tentu beliau melihat sesuatu yang tidak kena.



4.Sebagai mantan Perdana Menteri dan negarawan, mungkin Tun Dr Mahathir merasa terkilan, apabila teguran-teguran beliau tidak diperhalusi dan tidak diperbetulkan.



5. Pembangkitan isu 1MDB, yang menjadi senjata utama mantan PM itu menyerang Najib, perlu ditangani dengan cepat, kerana isu itu mengena dengan perasaan rakyat jelata.



6. Seharusnya pihak Jabatan Perdana Menteri khususnya Perdana Menteri memperjelas kedudukan sebenar 1MDB kepada Tun Dr Mahathir secara terperinci, jika boleh melalui perjumpaan 4 mata.



7. Oleh kerana isu 1MDB tidak dijelaskan dengan terperinci kepada mantan PM itu, kini Tun Dr Mahathir memperlebar jangkauan kritikan beliau kepada peribadi Najib, termasuk mempersoalkan, punca mana anak tiri beliau Reza Aziz mendapat sumber kewangan ratusan juta untuk membeli harta di New York, meneribitkan filem Hollywood berkos ratusan juta ringgit, akan tetapi filem itu tidak mendapat sambutan aka rugi.



8.Kedudukan kewangan 1MDB termasuk menyimpan di Singapura, kedudukan aset dan hutang, perlu dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir, walaupun Najib tidak mempunyai obligasi kepada tindakan itu.



9. Syogianya Najib dapat mempergunakan Tun Dr Mahathir untuk menangkis serangan pihak pembangkang berhubungan dengan 1MDB, jika dari awal-awal satu penjelasan terperinci diberikan.





10. Sebenarnya hubungan antara Najib dan Tun Mahathir adalah masalah teknikal yang boleh dirungkai dan diselesaikan.



11. Pihak kepimpinan Bn perlu melihat cara terbaik mebaik pulih hubungan antara Najib dan Tun Dr Mahathir. Mungkin kah pemimpin seperti Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman boleh menjadi perantara?.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment