ADVERTISEMENT BANNER

Apakah Isu Semenanjung Dapat Mempengaruhi Bn Sabah?

Friday, 20 February 2015


DIPENJARAKANNYA Anwar, kematian Altantuya, IMDB, merupakan isu-isu yang melanda Semenanjung. Sebabnya perkara itu semuanya berlaku di sana.



Anwar dipenjarakan sudah tentunya membuatkan penyokong pembangkang marah. Namun, sama sekali tidak mempengaruhi penyokong Barisan Nasional. Demikian juga kematian Altantuya, sebenarnya tiada hubungan dengan rakyat, isu itu hanya satu kematian biasa yang dilakukan oleh dua rakyat Malaysia, yang tidak diketahui apa sebab musababnya. Akan tetapi, isu 1MDB akan mempengaruhi rakyat yang bergiat dalam dunia perniagaan, bukannya rakyat yang bukan dalam lingkungan itu.



Bagi rakyat Sabah, isu utama atau faktor yang dapat mempengaruhi arah pilihan mereka, hanya ada dua, iaitu isu agama dan tanah bagi kaum KDM, manakala, bagi bumiputera islam pula, isu mendapatkan peluang dan pembelaan daripada segi pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran serta peluang-peluang mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan dan sektor swasta atau syariakat yang berkait dengan kerajaan.



Selain itu, penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih luar bandar, litrik serta perumahan kepada yang memerlukan.



Isu-isu besar seperti yang disebutkan pada awal tulisan ini, bukan faktor utama mempengaruhi pilihan pengundi Sabah, melainkan faktor yang disebutkan pada perenggan ketiga tulisan ini.



Di kalangan KDM, kini dipenuhi hasutan berupa pembangkitan asas kemerdekaan negeri, pembangkitan soal agama serta isu-isu tanah.



Namun, pihak-pihak tertentu di kalangan pembangkang, kalau menganalisa atau berfikir sejenak, bagaimana Kerajaan Negeri membela rakyat berkaitan tanah, dapat dilihat, dalam beberapa kes besar yang melibatkan ratusan ekar tanah yang di bawah ke mahkamah, di mana kes-kes itu dimenangi oleh rakyat, sedangkan pihak-pihak yang berlawan dengan rakyat itu, mendapat juga pembelaan daripada Jabatan Peguam negeri.



Tindakan tidak tersirat kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri, apabila kes-kes tanah yang dimenangi rakyat, jarang kerajaan negeri melakukan rayuan terhadap keputusan itu, keadaan ini, dengan sendirinya menunjukkan, bahawa Musa memberi pembelaan kepada rakyat walaupun secara tidak langsung.



Sejak Musa mengambil teraju kerajaan negeri, tiada lagi tanah-tanah kerajaan yang dijual, malah beliau berisaha mengambil balik tanah-tanah yang telah diberikan kepada swasta, seperti mana berlaku bagi tanah di kawasan Prince Phillip Park Kota Kinabalu.



Musa juga tidak lagi meluluskan permohonan tanah secara perseorangan, akan tetapi menukarnya kepada bentuk komunal, tujuan beliau, agar tanah-tanah itu sukar dijual kepada pihak ke tiga.



Pemajuan tanah-tanah kerajaan oleh pihak swasta tidak lagi berasaskan kepada pemberian geran, akan tetapi berbentuk TOL untuk tempoh masa tertentu. Tujuan tindakan ini, agar tanah-tanah itu tidak terlepas kepada pihak-pihak tertentu melalui pemilikan kekal.



Menggerakan agensi kerajaan seperti SLDB, Benta Wawasan untuk memajukan tanah kerajaan, adalah satu cara mengekalkan tanah kerajaan terus dimiliki kerajaan. Kaedah ini, sungguh berlawanan dengan tindakan sebelum ini, di mana syarikat-syarikat besar yang tersenarai di bursa saham Kuala Lumpur diberikan tanah untuk tujuan perladangan.



Musa sedar, sangat perlu pengwujudan peluang pekerjaan bagi generasi muda Sabah, kerana jumlah pencari kerja saban tahun meningkat. Tindakan mengwujudkan projek-projek mega yang membuka ribuan peluang pekerjaan sangat-sangat diperlukan, selain merancakkan perekonomian negeri juga mencegah pengaliran tenaga muda keluar daripada negeri ini.



Bagi berdepan dengan PRU-14, pengundi baru akan melihat keupayaan kerajaan membereskan masalah pekerajaan bagi mereka, selain keperluan lifestyle seperti perumahan mampu milik.



Memang tidak mudah bagi kerajaan menyediakan semua itu, kerana ianya terletak kepada kemampuan kewangan negeri, akan tetapi setidak-tidaknya kerajaan dapat memberitahu mereka, bahawa semua itu bakal disediakan. lambat atau cepat. Berkait rapat dengan inilah, kerajaan negeri berkerja rapat dengan kerajaan persekutuan untuk membantu kerajaan negeri. Sebagai contoh kepada kerjasama rapat itu, adalah pembinaan 900 unit perumahan rakyat Kota Belud yang bernilai RM180 juta melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Projek mega separti SAMUR, PIOC, SGOT, ladang udang, ladang lobster dan pusat-pusat pelancongan merupakan tindakan ke arah penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya generasi muda di kawasan sekitar.



Pembabitan kerajaan dalam operasi minyak dan gas membuka peluang kepada tenaga profesional muda. Pembukaan kompleks beli belah dan perhotelan di kawasan bandar, membuka peluang bagi rakyat di kawasan bandar.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

2 comments:

Orang Sabah said...

Negara sabah atau negeri sabah?
http://www.negara-sabah.blogspot.com

Orang Sabah said...

Negara sabah atau negeri sabah?
http://www.negara-sabah.blogspot.com

Post a Comment