ADVERTISEMENT BANNER

SELEPAS DATUK LAJIM KINI DATUK JUMAT PULA

Saturday 17 January 2015


TAHUN 2012, DATUK LAJIM UKIN membuat berbagai dakwaan terhadap kempimpin Umno negeri, akhirnya keluar Umno, kini Datuk Jumat Idris pula.



Isu yang Lajim bawa serupa, berkaitan projek dan kepimpinan. Bezanya Lajim tidak membawa segelintir Ketua-Ketua bahagian, untuk menyokong tindakan beliau, manakala Jumat mampu mempengaruhi tujuh Ketua bahagian, walaupun dua diantara mereka berpaling tadah.



Perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai 2014 didedahkan sendiri oleh Jumat semasa berucap semasa Persidangan Bahagian Umno Sepanggar pada September tahun lalu. Dalam ucapan itu, beliau mengakui berlaku perjumpaan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, dan isi perjumpaan itu adalah berhubungan dengan Pelan Peralihan Kuasa Di Sabah.



Ekoran kenyataan MP Sepanggar itu, maka dua Ketua Bahagian yang terlbat membuat kenyataan bahawa mereka tertipu mengikuti rombongan yang diketuai oleh Jumat, kerana tujuan asal perjumpaan itu adalah semata-mata meminta projek bagi kawasan-kawasan mereka.



Walaupun perjumpaan 8 Ketua Bahagian yang diketuai oleh Jumat tidak didedahkan kepada umum, namun 27 bahagian lain tercium perjumpaan itu. Atas sebab itu, berlaku pula perjumpaan dengan Perdana Menteri oleh 27 Ketua Bahagian Umno Sabah pada 17 Julai dengan Tajuk Kelab Ketua Bahagian Penyokong Perdana Menteri.



Apa yang peliknya semasa Persidangan terakhir Bahagian Umno di Libaran sebelum Perhimpunan Umno Pusat 2014, semua Bahagian Umno Sabah telah bersetuju berketuakan satu, di Sabah berketuakan Datuk Seri Musa Aman, manakala di pusat berketuakan Dato Seri Najib Razak.



Pada Persidangan Bahagian Libaran yang diketuai Musa, memang semua Ketua Bahagian hadir, yang gagal telah menghantar Timbalan Ketua Bahagian; apa yang jelas, pada persidangan Bahagian Libaran, semua ketua sayap bahagian seluruh Sabah hadir. Dengan kehadiran itu, memang membuktikan bahawa keputusan BERKETUAKAN SATU memang keputusan seluruh bahagian.



Meskipun keputusan Bahagian Umno telah dibuat, akan tetapi Jumat bercakap mengatas namakan sebagai Ketua Bahagian Umno Sepanggar, seolah-olah tidak menerima keputusan Bahagiannya; dalam hal ini, mempersoalkan kepimpinan Musa yang diangkat oleh semuai sebagai Ketua Umno Sabah, lagipun Musa adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri.



Jumat secara berkala, terus menulis melalui Facebook beliau, membuat berbagai dakwaan, namun tiada seorang pemimpin Umno Negeri membidas beliau. Apabila beliau menulis di facebooknya minggu lalu, kononnya telah mencadangkan pergantian Pengerusi Perhubungan Umno negeri daripada Musa kepada Datuk Shafie Apdal, dengan memberi alasan bahawa Shafie merupakan Naib Presdien Parti, dan kononnya Sabah perlu menyumbang banyak kerusi, kerana Bn Semenanjung goyang, telah dirasakan oleh sayap parti Umno Sabah bahawa tindakan MP Sepanggar itu telah melampau. Ekoran dengan itu, tiga sayap Umno Sabah telah membuat kenyataan bersama, dan mengsyorkan agar Jumat diambil tindakan disiplin kerana telah melanggar adab dan etika parti.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment