ADVERTISEMENT BANNER

PEMBERITAHUAN: JALAN LINTAS UTARA - BANDAR SANDAKAN DITUTUP SABTU INI

Friday, 2 January 2015

Pengguna jalan raya di Sandakan di minta menggunakan jalan Utara dan jalan Batu Sapi bagi memasuki bandar Sandakan sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabtu ini.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil Mohammad Ali, ia berikutan penutupan jalan Lintas Utara menuju Bandar Sandakan bagi memberi laluan perarakan kontinjen perhimpunan itu yang bermula dari Masjid Daerah ke Padang Bandaran Sandakan.


Beliau turut meminta penduduk yang meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan bermula simpang masuk rumah murah dan kampung Sim-sim menuju bandar dipindahkan ke jalan sebelah arah bandar ke jalan Lintas Utara.


Fadzil Berkata demikian kepada Pemberita di Sandakan.


Sementara itu, dalam Kenyataan Media Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), penutupan jalan berkenaan akan bermula esok bermula pukul 7-malam sehingga 11-pagi 3 Januari 2015.


Sumber: Berita Sandakan fm







Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment