ADVERTISEMENT BANNER

Kota Belud Seperti Yang Lalu-Lalu

Friday, 23 January 2015


TIDAK banyak perubahan berlaku di Kota Belud, apa yang berubah adalah suasana. Jika dahulu jarang ada Malam Cinta Rasul, kini telah ada. Jika dahulu, jarang yang respon terhadap kesusahan penduduk seperti musibah, kini ramai yang membantu, malahan membantu bersungguh-sungguh.



Ada juga penduduk yang peka terhadap sekiling. Keadaan Pasar Besar yang dicemari tahi burung turut mendapat perhatian. Sekurang-kurang dua penduduk yang berstatus memberi komentar terhadap kotornya tahi burung di Pasar Besar Kota Belud, khususnya di ruang penjual ikan segar.



Masalah parking, kesesakan, juga belum ada penyelesaian, malah semakin hari semakin buruk. Majlis Daerah yang mengubah arah laluan tahun lalu, tidak juga memperlancar pergerakan lalu lintas di Pekan, malah diperburuk dengan tabiat, meletakkan kenderaan sesuka hati, terutama dilakukan kereta-kereta sapu.



Banjir yang melanda Kota Belud baru-baru ini, mengambarkan, bahawa sistem perparitan di kawasan itu tidak bertambah baik, walaupun ada projek berkaitan banjir bernilai puluhan juta, rupanya projek itu tidak mengena, kerana kawasan yang sepatutnya tercegah landaan banjir, tetap juga dilanda banjir.



Masalah Bekalan Air Besih Luar Bandar yang menelan belanja RM114juta, juga tidak menyelesaiakan masalah air yang telah berdekade lamanya. Rupanya, meskipun ada projek seumpama itu, kalau kesungguhan daripada pihak pelaksana kurang serius, tidak juga dapat menyelesaikan masalah yang didepani.



Neitzen melalui Facebook, banyak menuding jari kepada pemimpin yang mempunyai jawatan dalam kerajaan dan mereka menghubungkan kegagalan mengatasi masalah-masalah Kota Belud dengan mereka. Malah ada yang meminta, agar mereka-mereka ini tidak diberi peluang bertanding pada PRU-14. Satu cadangan yang amat nakal, kerana masalah yang ada sebenarnya bukan kerana pemimpin, akan tetapi kelemahan pihak pelaksana. Pelaksana adalah Kakitangan Kerajaan dan kontraktor yang mendapat projek,



Kakitangan yang ada sebahagian besar mahir atas meja, mahir bertutur, akan tetapi tiada kemahiran dalam mengemban tugas. Apabila sesuatu daerah dipenuhi kakitangan kerajaan seperti itu, sepintar atau seligat manapun seorang pemimpin, tidak akan berimpak kepada penyelesaian masalah.



Kekangan seperti inilah yang didepani daerah-daerah di Sabah termasuk Kota Belud.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment