ADVERTISEMENT BANNER

Tuduhan Kepada Keluarga Musa

Monday 26 January 2015


SEJAK akhir-akhir ini Keluarga Datuk Musa Aman menjadi sasaran fitnah dan dakwaan daripada pihak-pihak tertentu, yang tiba-tiba menucul.



Serangan terhadap keluarga Musa dan beliau sendiri, selepas tiga sayap Umno Sabah sebulat suara mencadangkan agar Umno mengambil tindakan terhadap Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP kawasan itu- Datuk Jumat Idris.



Berbagai dakwaan timbul oleh mereka yang berakaun benar dan palsu di ruang maya, seperti daripada Sahar Haji Mantamin (akaun benar) dan Alfred Chong (akaun palsu).



Para penuduh ini lupa membezakan antara perjuangan sukarela dan peniaga. Dalam pengertian mereka, pejuang atau penyokong parti atau pemimpin parti perlu juga sebagai peniaga, atas sebab itu, jika ada projek-projek kerajaan atau swasta, mereka juga perlu mendapatkannya. Setidak-tidaknya itulah pengertian mereka.



Pandangan mereka itu, sebenarnya silap, kalau mereka-mereka itu mahu sebagai peniaga, maka seharusnya mereka jangan mempunyai jawatan dalam parti atau pejuang dalam parti, sebaliknya mereka-mereka itu perlu menjadi peniaga. Jika mereka menjadi peniaga, maka peluang untuk mendapatkan projek-projek besar terbentang luas, kerana pihak pemberi projek akan mempertimbangkan mereka sebagai pelaksana, kerana mempunyai syarikat yang berkelayakan, mempunyai pengalaman selain mempunyai kepakaran. Kalau projek-projek kerajaan diberikan kepada para penyokong atau mereka yang berjawatan, kesimpulannya, projek-projek itu, bukanpun mereka laksanakan, akan tetapi dialibabakan, atau dijual, di mana mereka hanya mengambil percentage. Jika ini berlaku, bukan sahaja mutu projek itu dikompromi akan tetapi kemungkinan besar kos projek meningkat atau terbengkalai.



Kata orang, berikan sesuatu pekerjaan sesuai dengan kepakaran masing-masing. Kalau kereta rosak, hantarlah ke workshop, jangan hantar ke dobi pula, demikian juga kalau orang sakit, hantarlah ke hospital untuk jumpa doktor, jangan hantar ke rumah urut pula.



Jika benar, bahawa nama-nama yang disebut mereka itu, (semuanya) bernama cina seperti Freddy Lim, Andrew Lim, Miicheal Chai, Nasir Yeo, John Lim, Albert Lim, Robert Tan,Terence Chung, Lawarance Chung Gary Saw dan Humphery Tan , atas sebab, pemilik-pemilik syarikat yang berkelayakan itu adalah milik orang-orang itu.



Pemberi projek, mempunyai pertimbangan sendiri, bahawa sesuatu projek yang diberikan mesti berasaskan kepada value for money, tidak terbengkalai, sesuai dengan kualiti projek, serta sesuai dengan tarikh penyiapan. Sebagai contoh projek naik taraf Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sandakan, pembinaan Pusat Petadbiran Kerajaa Sabah di Teluk Likas, semunya dilaksanakan oleh Syarikat Besar yang berpengalaman, dan semuanya dimiliki rakyat negara ini yang berketurunan cina.



Pemberi projek mempunyai pandangan yang bebeza dengan pandangan penyokong atau pemimpin parti, kerana pemberi projek mementingkan delivery, bukannya berasaskan kepada pujian atau nama. Contoh, projek yang kaitan dengan GLCpun seperti bangunan terbengkalai di depan Centre Point, Kota Kinabalu, di mana dipapan tanda itu tertulis SUDC sebagai pemilik projek dan pelaksana, buktinya telah bertahun-tahun projek itu tidak berjaya disiapkan.



Kini, keluarga Musa 'under attack" dengan menyebut nama-nama seperti Anifah Aman, Hasnol Ayub, Johari Ayub, dan Hafez Musa, di mana dituduh mendapat habuan luarbiasa melalui kepimpinan Musa.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Tuduhan Kepada Keluarga Musa

BANJIR SABAH 2015: PENAMPANG DAN PAPAR DI NAIKI AIR

Thursday 22 January 2015










Hujan sejak petang tadi menyebabkan paras air sungai di Penampang dan Papar telah naik. Sekitar 12.00 pagi tadi, berlaku banjir kilat di beberapa kawansan di Penampang. Kawasan teruk dinaiki banjir termasuklah Penampang Proper, Kasigui, Kibabaig, Nambazan dan Roundabout Siga. Jalan raya utama menghubungkan Jalan Papar Lama menuju ke Pekan Dogonggongan tidak dapat dilalui kenderaan.




Sementara itu, Kg. Sungai Sapat dan Kg. Sungai Padang di Papar turut dinaiki air. Paras air Sungai Papar telah melimpah dan mencecah tahap berbahaya ekoran hujan yang turun sejak petang tadi dan diburukkan lagi dengan fenomena air pasang. Sehingga kini sebanyak 30 buah rumah telah ditenggelami air. Jalan raya utama Papar masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan namun, jalan masuk ke kampung-kampung tidak dapat dilalui ekoran telah ditenggelami air sungai.



Sehingga kini, tiada mangsa terlibat banjir dari kedua-dua kawasan (Penampang dan Papar) dipindahkan ke pusat penempatan.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - BANJIR SABAH 2015: PENAMPANG DAN PAPAR DI NAIKI AIR

SELEPAS DATUK LAJIM KINI DATUK JUMAT PULA

Saturday 17 January 2015


TAHUN 2012, DATUK LAJIM UKIN membuat berbagai dakwaan terhadap kempimpin Umno negeri, akhirnya keluar Umno, kini Datuk Jumat Idris pula.



Isu yang Lajim bawa serupa, berkaitan projek dan kepimpinan. Bezanya Lajim tidak membawa segelintir Ketua-Ketua bahagian, untuk menyokong tindakan beliau, manakala Jumat mampu mempengaruhi tujuh Ketua bahagian, walaupun dua diantara mereka berpaling tadah.



Perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai 2014 didedahkan sendiri oleh Jumat semasa berucap semasa Persidangan Bahagian Umno Sepanggar pada September tahun lalu. Dalam ucapan itu, beliau mengakui berlaku perjumpaan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, dan isi perjumpaan itu adalah berhubungan dengan Pelan Peralihan Kuasa Di Sabah.



Ekoran kenyataan MP Sepanggar itu, maka dua Ketua Bahagian yang terlbat membuat kenyataan bahawa mereka tertipu mengikuti rombongan yang diketuai oleh Jumat, kerana tujuan asal perjumpaan itu adalah semata-mata meminta projek bagi kawasan-kawasan mereka.



Walaupun perjumpaan 8 Ketua Bahagian yang diketuai oleh Jumat tidak didedahkan kepada umum, namun 27 bahagian lain tercium perjumpaan itu. Atas sebab itu, berlaku pula perjumpaan dengan Perdana Menteri oleh 27 Ketua Bahagian Umno Sabah pada 17 Julai dengan Tajuk Kelab Ketua Bahagian Penyokong Perdana Menteri.



Apa yang peliknya semasa Persidangan terakhir Bahagian Umno di Libaran sebelum Perhimpunan Umno Pusat 2014, semua Bahagian Umno Sabah telah bersetuju berketuakan satu, di Sabah berketuakan Datuk Seri Musa Aman, manakala di pusat berketuakan Dato Seri Najib Razak.



Pada Persidangan Bahagian Libaran yang diketuai Musa, memang semua Ketua Bahagian hadir, yang gagal telah menghantar Timbalan Ketua Bahagian; apa yang jelas, pada persidangan Bahagian Libaran, semua ketua sayap bahagian seluruh Sabah hadir. Dengan kehadiran itu, memang membuktikan bahawa keputusan BERKETUAKAN SATU memang keputusan seluruh bahagian.



Meskipun keputusan Bahagian Umno telah dibuat, akan tetapi Jumat bercakap mengatas namakan sebagai Ketua Bahagian Umno Sepanggar, seolah-olah tidak menerima keputusan Bahagiannya; dalam hal ini, mempersoalkan kepimpinan Musa yang diangkat oleh semuai sebagai Ketua Umno Sabah, lagipun Musa adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri.



Jumat secara berkala, terus menulis melalui Facebook beliau, membuat berbagai dakwaan, namun tiada seorang pemimpin Umno Negeri membidas beliau. Apabila beliau menulis di facebooknya minggu lalu, kononnya telah mencadangkan pergantian Pengerusi Perhubungan Umno negeri daripada Musa kepada Datuk Shafie Apdal, dengan memberi alasan bahawa Shafie merupakan Naib Presdien Parti, dan kononnya Sabah perlu menyumbang banyak kerusi, kerana Bn Semenanjung goyang, telah dirasakan oleh sayap parti Umno Sabah bahawa tindakan MP Sepanggar itu telah melampau. Ekoran dengan itu, tiga sayap Umno Sabah telah membuat kenyataan bersama, dan mengsyorkan agar Jumat diambil tindakan disiplin kerana telah melanggar adab dan etika parti.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - SELEPAS DATUK LAJIM KINI DATUK JUMAT PULA

BANJIR SABAH 2015: BANJIR DI KUDAT

Wednesday 14 January 2015



Banjir turut melanda bahagian utara Sabah. Beberapa kawasan di Kudat telah dinaiki air. Antara kawasan terlibat termasuklah kawasan kedai lama, balai Polis lama, Lembaga Bandaran Kudat, Jalan menuju ke rumah rehat, padang golf, Kg. Tg Kapor, Kg. Pantai Bahagia serta Jln menuju ke Kota Kinabalu melalui Jln Tamalang Jua tidan dapat dilalui buat masa ini.








Sementara itu, menurut adun Matunggong (Yb Dato' Jelani Hamdan), yang dipetik menerusi akaun Fb beliau, memaklumkan yang beliau akan sentiasa "Alert" dan memantau situasi banjir di kawasan terlibat serta menasihatkan penduduk agar segera memaklumkan kepada beliau sebarang maklumat terkini dan yang memerlukan tindakan segera.



Berikut merupakan kenyataan YB Dato' Jelani Hamdan yang dipetik menerusi akaun rasmi beliau:




Makluman


Sebagai member dalam Grup Whatsapp Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Alam Kudat ( Termasuk Matunggong ) saya sentiasa " Alert" dengan perkembangan bencana alam dan banjir yang berlaku di Kawasan kita. Sebarang info/kecemasan di tempat anda yang dimaklumkan kepada saya, saya akan maklumkan TERUS tanpa berlengah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Kudat yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kudat ( termasuklah OCPD, DE, Bomba, Hospital dan lain2 jabatan ).



Sebarang aduan boleh dibuat terus kepada saya ( 0198713888) atau Bilik Gerakan Bencana Alam Kudat di talian 088620401. TK



























Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - BANJIR SABAH 2015: BANJIR DI KUDAT

PENAFIAN IPG KENINGAU BERHUBUNG KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH BAHASA KADAZAN DUSUN (KPLI-BKD)












PENAFIAN

Semua program yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau tertakluk kepada perancangan unjuran pengambilan guru oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setakat ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau belum mendapat arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Bahasa Kadazan Dusun (KPLI-BKD).

Sekian.

Ikhlas

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

Sabah

13 Januari 2015



Penafian IPG Kampus Keningau dikeluarkan susulan tersebarnya maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab berhubung dengan pengambilan guru baharu yang mempunyai Ijazah dan tahu berbahasa Kadazan Dusun untuk memasuki KPLI. Berikut maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp













Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - PENAFIAN IPG KENINGAU BERHUBUNG KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH BAHASA KADAZAN DUSUN (KPLI-BKD)

Angin kencang, laut bergelora dijangka sehingga ahad

Friday 9 January 2015

ANGIN kencang dan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Sarawak, Labuan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Ahad.






Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Angin kencang, laut bergelora dijangka sehingga ahad

Secretariat to place officer in Sabah to help SMIs - Daily Express

Tuesday 6 January 2015









Secretariat to place officer in Sabah to help SMIs

Daily Express

Keningau: The Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs (SAME), which was set up under the Prime Minister's Department, will place an officer in Sabah to assist small and medium industries (SMIs) in getting financial assistance and ...









Syndication Via: Sabah 24-7 General Feed
READ MORE - Secretariat to place officer in Sabah to help SMIs - Daily Express

MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1

Tidak berpuashati dengan saman PM terhadap mereka, Malaysiakini terus memperhebatkan serangan mereka terhadap Datuk Najib berhubung isu pesawat rasmi Kerajaan Malaysia.


Malaysiakini terus dengan ayat membunuh mereka 'jet PM keliling dunia'. Perkataan itu digunakan merujuk kepada jadual berlepas dan mendarat jet berkenan yang disiarkan oleh flight radar 24. Tetapi mereka tidak menyatakan berapa lama pesawat itu berhenti dan untuk tujuan apa?


Pesawat berkenaan jenis A319. Lebih kurang saiz pesawat yang digunakan oleh Air Asia (A320). Dimana ianya tidak boleh melakukan penerbangan berbelas-belas jam sepertimana A380, B747 dan B777. Kerana kapasiti minyaknya tidak mencukupi. Cuba masuk web site air asia dan cek destinasi-destinasi mereka yang menggunakan pesawat A320. Lihat destinasi yang dituju perjalanannya berapa jam? Untuk perjalan lebih jauh air asia menggunakan pesawat lebih besar yang dinamakan Air Asia X.


Daripada Los Angeles untuk pulang ke Malaysia pesawat berkenaan tidak menggunakan laluan Lautan Pasifik iaitu melalui Jepun kerana saiznya yang kecil tidak memungkinkan mereka menggunakan laluan itu kerana faktor cuaca dan keselamatan. Mereka terpaksa menggunakan laluan lautan atlantik. Dimana laluan itu memerlukan mereka merentasi benua Amerika, Eropah dan Timur Tengah.


Selepas berlepas dari Los Angeles, tempat pertama pesawat itu berhenti adalah di New York. Mendarat di New York jam 10.23 malam dan berlepas kembali jam 12.50tengah malam. Dimana tempoh berhentinya adalah 2 jam 27 minit . Sempat ke dalam tempoh 2 jam setengah itu penumpang pesawat itu nak turun membeli belah di New York? Shopping mall mana yang buka tengah-tengah malam? Nak lepas imigresen berapa lama? perjalanan daripada airport ke bandar berapa lama? Daripada bandar nak balik ke airport berapa lama? Pakai akal sikitlah.


Selepas New York perhentian seterusnya adalah London. Dimana tempoh penerbangan daripada London ke New York memakan masa lebih kurang 7-8 jam. Pesawat itu terpaksa berhenti sekali lagi untuk mengisi minyak. Pesawat itu mendarat di London jam 11.45 pagi dan berlepas kembali jam 1.04 tengah hari menuju ke Dubai. 1 jam 19 minit tempoh pesawat itu berhenti di London. Sempat ke penumpang nak turun membeli belah?


Pesawat itu berlepas dari London jam 1.04 tengah hari dan mendarat di Dubai jam 12.16 tengah malam. Dimana tempoh penerbangan dari London ke Dubai memakan masa 7-8 jam. Nanti ada yang tanya pula kan dari jam 1.04tengah hari hingga 12 .16 tengah malam dah hampir 12 jam. Tolong ambil kira perbezaan waktu antara negara ya. Waktu yg dinyatakan adalah WAKTU TEMPATAN.


Pesawat itu mendarat di Dubai jam 12.16 tengah malam dan berlepas kembali jam 1.53pagi. Dimana tempoh ianya berhenti untuk mengisi minyak 1 jam 37 minit . Sempat ke dalam tempoh itu penumpang nak turun shopping? Dan shopping mall mana yang buka di tengah-tengah malam begitu?


Berlepas dari Dubai jam 1.53 pagi dan pesawat itu mendarat di Bangkok jam 11.11 pagi. Penerbangan dari Dubai ke Bangkok memakan masa lebih kurang antara 6-7 jam. Di Bangkok pesawat itu berhenti 2 hari dan membawa pulang PM yang mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan PM Thailand.


Waktu peristiwa MH370 dulu bukan main hebat hingga melahirkan ribuan pakar penerbangan. Tapi semua pakar taik kucing. Nak kenal pasti jenis pesawat, kapasiti minyak dan laluan penerbangan pun tak pandai. Patutlah senang-senang ditipu oleh bapak peliwat. Teringat kisah black out dan ratusan ribu pengundi bangla. Hingga penuh stadium Kelana Jaya dan jem habis segala highway di lembah klang. Akhirnya semua kena tipu dgn bapak peliwat negara.


Sumber : facebook faisal bin rohban







Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - MENJAWAB FITNAH PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA ENJOY KELILING DUNIA - BHGN 1

Keadaan Banjir Di Kota Bongan Kota Belud

Saturday 3 January 2015

READ MORE - Keadaan Banjir Di Kota Bongan Kota Belud

#BanjirSabah2015: Terkini, Beberapa Kampung Di Daerah Sipitang Dilanda Banjir

Seawal jam 0430pg hingga kini, banjir melanda beberapa kampung di Sipitang. Antara kampung terlibat adalah, Kg Pantai, Tanjung Nipis, Kg kawang, Kg Tanjung Maritam dan Kg Luagan.


Jln utama tidak dapat dilalui seawal jam 0500pg hingga jam 0900pg tadi. Manurut info penduduk tempatan, Kg Sindumin, kawang sekim, Kuala Mengalong dan Kg Banting merupakan laluan air banjir dan dijangka bakal terlibat banjir dan penduduk dinasihatkan berjaga-jaga.


Terdapat 2 buah keluarga yang terdiri daripada 10 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, Masjid Kg Pantai.









Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - #BanjirSabah2015: Terkini, Beberapa Kampung Di Daerah Sipitang Dilanda Banjir