ADVERTISEMENT BANNER

Nak Makan Lele dan Ayam Penyet Datanglah Ke Warung Padang Jawa

Thursday 27 February 2014










Gambar Fitnah Pesaing Warung Padang Jawa


Memang enak, memang sedap. Anda yang minat makanan ala jawa, punya dua pilihan apakah ayam atau lele (Bahasa Indonesia) keli dalam Bahasa tempatan.



Apa yang menarik dan sedap pada masakan ayam dan keli penyet, bukan terletak pada ayam atau ikannya, akan tetapi pada sambalnya. Makanan yang dihidang dengan nasi serta ulam sayur tempatan itu, memang menyeronokan, bagi mereka yang gemar makanan pedas-pedas manis; menu jawa asli.



Memangpun, ikan keli dan ayam penyet Warung Padang Jawa menjadi punca iri hati penguasa restoran yang menyediakan masakan yang sama.



Pada 13 Februari lalu, seperti biasa Jabatan Kesihatan melakukan tugas rutin terhadap restoran penyedia makanan dan minuman di kawasan Putatan. Jam sekitar 9 pagi, apabila penghantar ais batu untuk cabang restoran itu meletakan ais batu di atas lantai tanpa memberitahu pekerja restoran. Dan kebetulan, pada masa itu pegawai kesihatan kawasan Putatan sedang melakukan pemeriksaan. Atas kejadian itu, selain alasan ada pelayan tidak menggunakan tanda nama dan pakaian yang sesuai sebagai pelayan, maka seperti amalan biasa pegawai kesihatan, akan mengarahkan sesebuah premis itu untuk tutup untuk masa beberapa jam bagi memberi peluang kepada pengurusan restoran memperbetulkan pengendalian makanan dan minuman yang betul. Pengurus Warung Padang Jawa memenuhi arahan itu, dan pada keesokan harinya, iaitu pada 14 Februari, operasi restoran berjalan seperti biasa sehingga kini.



Malangnya, peristiwa penutupan tidak sampai 24 jam itu diambil peluang oleh pesaing, dengn menabur fitnah, kononnya restoran itu ditutup kerana ikan keli yang dimasak dibiarkan atas lantai tandas restoran itu. Sedangkan, arahan penutupan beberapa jam itu, hanya masalah teknikal yang berkaitan dengan penghantar ais batu, dan perkerja yang tidak memasang tanda nama.



Satu gambar yang diubahsuai, menggambarkan ikan keli di atas lantai tandas. Sebenarnya, lantai dan tandas itu bukan tandas pada premis restoran itu, dan gambar ikan keli yang diubaisuai itu diambil daripada premis lain, akan tetapi dikatakan tandas restoran Warung Padang Jawa.



Pneyebaran gambar itu di media sosial dan whatapp serta pesanan ringkas telepon bimbit, menyebabkan ada pelanggan yang percaya dan mempunyai presepsi bahawa makanan yang disediakan oleh restoran itu kotor. Dalam masa beberapa hari, pelanggan restoran itu merundum dengan teruk.



Pemilik restoran Arsid A. Taturusi anak tempatan yang berasal daripada Batu 5 Sandakan, sebenarnya telah mengusahakan restoran ala masakan jawa asli itu sejak lima tahun lalu dengan restoran pertamanya di Alam Mesra, Kingfisher, Kota Kinabalu. Disebabkan sambutan yang cukup menggalakan, maka cabangnya dibuka di Putatan 5 bulan yang lalu.



Penyebar fitnah itu, selain dapat mempengaruhi para pelanggan tetap restoran, akan tetapi juga berjaya mengyakinkan para pelanggan, bahawa restoran utama Warung Padang Jawa di Alam Mesra juga ditutup, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.



Arsid terpaksa membuat laporan polis pada Balai Polis Alam Mesra pada 19 Februari lalu, dan telah melantik Peguam untuk melakukan tindakan balas undang-undang terhadap penyibar fitnah itu.



Pada Sidang media Peguam yang dilantik itu, iaitu daripada Tetuan Liew dan Padua pada Rabu, selain pengurus restoran itu menafikan semua fintah itu, peguam pengadu juga sedang berkerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia untuk mengesan dalang kepada perbuatan tersebut.



Bagi mereka, yang sudah menikmati makanan ayam dan keli penyet Warung Padang Jawa, teruskan selera anda, kerana OKB juga yang merupakan pelanggan tetap restoran itu, terus menjamu selera, kerana pengurus restoran itu senantiasa menjamin kebersihan restorannya berserta makanannya, kerana ianya merupakan punca rezkinya yang dihantar oleh Allah Subhanawatalla.



Bagi Arsid, semua tindakan pemitnah itu, selain mengharapkan balasan Allah, juga balasan undang-undang yang setimpal.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Nak Makan Lele dan Ayam Penyet Datanglah Ke Warung Padang Jawa

Permasalahan zakat emas di bank

Wednesday 19 February 2014

Soalan:

Apakah hukumnya membeli emas dalam bentuk bar (jongkong atau wafer) di bank, adakah ia dikira simpanan atau pelaburan? Adakah emas itu masih wajib dizakatkan? Jika ya, bilakah bermulanya haul ke atas emas berkenaan? Adakah jika saya mengeluarkan sebahagian daripadanya, misalnya saya cairkan dalam bentuk tunai (dijual kepada bank kembali), maka akan mempengaruhi haul zakat emas berkenaan? Jika emas yang saya beli, kemudiannya jatuh harganya, maka apakah nilai zakat saya juga akan ikut jatuh? Jika saya wajib membayarnya, bolehkah saya membayar zakat berkenaan secara ansuran? Harap penjelasan pihak ustaz.



Jawapan:

Alhamdulillah, rasanya keadaan sekarang adalah masa yang terbaik bagi kita untuk membeli emas, ini kerana harganya sedang rendah berbanding tahun-tahun dahulu. Bahkan menyimpan atau melabur dalam bentuk emas, sama ada emas jongkong, wafer ataupun perhiasan memang dianjurkan, kerana nilainya lebih kukuh (tidak fluctuate) berbanding simpanan atau pelaburan dalam bentuk wang kertas. Maka, soalan mengenai zakat ke atasnya memang amat tepat diajukan.



Saya juga berdoa, semoga Allah SWT memberikan kekuatan ilmu dan kefahaman buat saya untuk menuntasi persoalan-persoalan yang telah saudara bangkitkan di atas. Saya yakin, masih ramai umat Islam di luar sana yang mempunyai kemusykilan yang sama mengenainya. Moga jawapan ini mampu merungkai pelbagai persoalan berkenaan demi manfaat bersama, amin.



Pertama, mengenai emas yang dibeli di bank, tidak kiralah apa pun bentuknya (emas jongkong atau perhiasan atau syiling), hukumnya samalah dengan kita membeli emas di kedai emas. Selagi mana ia mematuhi syarat sah jual beli, misalnya ada emas yang boleh kita ambil manfaatnya, maka sah dilakukan jual beli berkenaan.



Kedua, adakah ia simpanan atau pelaburan? Maka, jika kita membelinya untuk tujuan simpanan, ia menjadi emas disimpan. Jika dipakai, misalnya emas wafer seberat 10 gram dijadikan buah rantai, maka ia jadi emas perhiasan. Jika emas itu dilaburkan oleh pihak pengurus terbabit, maka ia jadi emas pelaburan.



Emas yang disimpan, maka kaedah menaksirnya dikira apabila beratnya mencapai 85 gram dan ke atas. Emas perhiasan, jika ia mencapai atau melebihi uruf (di Selangor uruf emas perhiasan 800 gram dan negeri lain mengikut ketetapan masing-masing). Emas yang dilaburkan, pastilah dihitung sebagai emas pelaburan dengan dilihat pada pokok dan pengembangannya pelaburan pada hujung haulnya.



Suka dinyatakan, sila campurkan emas berkenaan, jika emas disimpan sila campurkan dengan semua emas simpanan sedia ada dan jika emas perhiasan, dicampurkan dengan emas perhiasan sedia pada puan sewaktu menaksirkan zakatnya.



Ketiga, bilakah bermulanya haul ke atas semua emas itu? Bagi emas yang disimpan atau dipakai, haulnya sudah bermula saat ia mula-mula mencecah berat 85 gram (nisab zakat). Katakan puan sudah mempunyai emas simpanan di rumah seberat 70 gram, kemudian pada 1 Mac 2013 puan membeli emas dari sebuah bank seberat 20 gram, maka jumlah beratnya sudah menjadi 90 gram, maka kala itu bermulalah haulnya. Apabila sampai 1 Mac 2014, maka wajib dizakatkan 2.5 peratus.



Mungkin timbul persoalan, jika 1 Mac 2014 sampai haul, maka jumlah yang benar-benar cukup haulnya adalah 90 gram sahaja, sedangkan pada 1 Mac 2014, mungkin keseluruhan berat emas yang berada di tangan puan sudah mencecah 950 gram. Pastinya lebihan berat berkenaan (950 gram – 90 gram = 860 gram) itu belum cukup haulnya? Bukankah hal ini memeningkan?



Baiklah, memang benar sedemikian. Namun, seperti kenyataan di atas, sukar bagi seseorang untuk mengingatkan haul bagi setiap emas yang dimilikinya, malah menyulitkan baginya untuk menunaikan zakat emas berkenaan pada tarikh-tarikh bagi emas yang mencapai haulnya yang berbeza.



Maka, disarankan puan memanfaatkan apa yang telah diizinkan syarak untuk membayarkan zakat emas pada satu tarikh, misalnya pada setiap Ramadan, dengan cara menyekalikan haul emas yang masih belum sampai. Kaedah ini diizinkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila pamannya, Abbas bin Abdul Mutallib RA meminta izin untuk menunaikan zakatnya lebih awal daripada haulnya (rujuk hadis Abu Daud).



Manakala, bagi emas pelaburan pula, pastilah ia disandarkan kepada zakat perniagaan kerana emas yang dibeli itu, dijadikan modal dalam pelaburan yang diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Maka, apabila sampai haulnya hendaklah dizakatkan semuanya, yakni jumlah emas yang sudah dibeli oleh puan dan juga jumlah pengembangannya (modal + untung) sebanyak 2.5 peratus.



Bagi emas pelaburan, haulnya telah bermula saat puan mulai membeli emas untuk pelaburan dan ia terus berjalan sehingga setahun. Ini kerana dalam perniagaan, haulnya dikira mulai hari pertama seseorang itu memulakan perniagaannya. Walaupun awalnya ia masih di bawah paras nisab, namun ia perlu dilihat pada penghujung haul, yakni jika masa itu ia sudah mencapai atau melebihi nisab, maka wajiblah zakatnya.



Keempat, haul zakat emas simpanan puan memang boleh terputus di tengah-tengahnya jika ditakdirkan puan mencairkannya dalam bentuk tunai sehingga terkurang nisabnya, dan kembali membentuk haul baharu setelah itu jika ia mencapai paras nisab 85 gram semula.



Cuma, harus diingat, haram hukumnya jika seseorang itu sengaja memutuskan nisabnya pada penghujung haul (misalnya lagi sebulan mencapai haul), kecuali atas keperluan yang diizinkan syarak. Dalam kes ini, pemerintah Islam masih berhak mengambil zakatnya jika dia sengaja memutuskan haulnya tanpa alasan yang munasabah.



Kecuali bagi emas yang dilaburkan, haulnya masih berjalan terus kerana modal boleh sahaja bertambah atau berkurang, dan jumlah keseluruhannya akan dilihat pada penghujung haul pelaburannya.



Kelima, jika nilai atau harga emas jatuh di pasaran, maka sudah pastilah ia akan turut mempengaruhi kepada jumlah zakat puan. Semakin jatuh harga, semakin kurang zakat dan semakin naik harga emas, semakin besar zakat di sisi nilai ringgit semasa yang bakal ditunaikan.



Keenam, bolehkah ia djelaskan secara beransur-ansur? Maka, hukum menetapkan bahawa zakat hendaklah dijelaskan secara tunai (sekali gus), tidak boleh ditunaikan secara beransur-ansur atau berhutang, melainkan bagi kes tertentu. Misalnya, seseorang yang baharu tersedar dia ada qada zakat, dan setelah dikira jumlah qadanya cukup besar, katakanlah RM15,000. Maka, dia hanya mampu menjelaskan RM3,000 dan selebihnya, dia menunaikannya berdikit-dikit sehingga habis.



Dalam kes di atas, dia diberikan keringanan kerana dia tidak mampu menjelaskannya secara sekaligus, namun dia masih tetap perlu (wajib) membuat surat wasiat kepada warisnya agar menjelaskan hutang zakatnya dari harta peninggalannya, jika ditakdirkan dia meninggal dunia. Dia juga wajib bertaubat atas segala kelalaiannya dahulu dalam mengabaikan kewajipan zakatnya. Ia tidak sama dengan puan yang ada emas dalam simpanan, kerana emas itu boleh dicairkan kepada RM dan dijelaskan zakatnya tanpa perlu bertangguh lagi.



Demikianlah, serba sedikit penjelasan mengenai zakat emas dan saya berharap puan mendapat pencerahan mengenainya demi memastikan kita dapat menunaikan kewajipan yang sudah dibebankan ke bahu kita sebagai seorang mukmin, dengan penuh kefahaman dan ketelitian.



Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab daripada) apa yang kamu simpan itu.” (Surah at-Taubah: 34-35).



Ustaz Hamizul Abdul Hamid ialah Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)



http://www.hamizul.com/






Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Permasalahan zakat emas di bank

Pemikiran skeptis dalam beragama


“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.



“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.



Semua naik angin.



Marah dengan Habib Bourguiba.



Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.



Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa pada bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.



Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!



SINIS AGAMA



Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism, walaupun ia bukanlah sebuah Kategori.



Pemikiran skeptis atau sinis terhadap agama ini berperingkat.



Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.



Ada juga pemikiran skeptis, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.



Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptis terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.



Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.



YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN



Terkini (2010 – semasa artikel ini ditulis), ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.



Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptis terhadap agama.



Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.



Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?



Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.



Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.



SISTERS IN ISLAM



Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam (SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.



Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.



Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Ramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptis.



Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.



i.Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.



ii.Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.



iii.Menjadi mangsa kejahatan lelaki.



iv.Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.



Religious Skepticism adalah reaksi. Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptis itu menguasai. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.



Sesuatu yang perlu difikirkan.



BENJAMIN STEPHEN



Anak muda ini adalah bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah. Saya adalah senior beliau, produk sistem pendidikan dan institusi pendidikan yang sama. Biar pun pendidikan kami serupa, pengalaman peribadi masing-masing berbeza.



Bukan sedikit ilmu agamanya.



Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.



Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptis dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.



Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berperwatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.



Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptis beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!



Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?



Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.



KASSIM AHMAD



Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.



Jika didasarkan kepada karya beliau ini, Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.



Di manakah kritikan itu bermula?



Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.



Ya.



Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan. Pada usia 80 tahun, semasa artikel ini saya semak semula, pemikiran skeptis Kassim Ahmad masih belum reda. Saya kira, trend beragama sekarang yang semakin romantis bersama wacana ilmiah yang semakin rencam dan kepimpinan negara yang mundur nilai intelektualnya, Kassim Ahmad lebih terpanggil untuk bersuara kembali.



Walaupun kritikannya banyak tercicir asas-asas penting pemikiran kritis dalam beragama, termasuk soal memahami pengistilahan-pengistilahan bahasa Arab. Kecacatan yang sudah ditegur datuk nenek zaman berzaman, bahawa kail yang panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Pemikiran skeptis seperti ini tidak lebih daripada sebuah keraguan yang berstruktur (structured doubt) yang berkosmetik jargon tinggi.



Namun dalam konteks muhasabah pendakwah, permasalahan ini memerlukan arah pandu fikir yang sedikit berbeza. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.



PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIS TERHADAP AGAMA



Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.



Oleh itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.



Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.



Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptis terhadap agama ini.



Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.



Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).



“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.



“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.



Yasmin mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptis terhadap agama. Suatu kemalangan.



Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh sebab anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.



Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.



Pandangan skeptis terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptis orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.



Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.



Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.



Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.



PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN



Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptis terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.



Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).



Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptis terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.



SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA



Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.



Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.



Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?



Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.



Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!



Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif pada bulan Ramadhan?



Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.



ANALOGI



Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?



“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.



Mustahil.



Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.



Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.



“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.



Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.



Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan pada bulan Ramadhan, kita produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja. Jika kita pulang awal kerana mahu menyediakan hidangan berbuka puasa, kerja kita pada waktu pejabat harus jadi lebih kompak dan intensif, bukan lunyai atas nama puasa dan Ramadhan.



Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!



http://saifulislam.com/








Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Pemikiran skeptis dalam beragama

Banjir Di Sabah- Banjir Teruk Selepas 19 Tahun

Sunday 16 February 2014











Datuk Musa melihat papan rekod mangsa banjir

Berpandukan kepada tajuk entri OKB kali, bererti, banjir teruk tidak pernah melanda kawasan Tenom, Beaufort dan sekitarnya sejak tahun 1995.



Apa maknanya? ertinya pada tahun-tahun sebelum itu, air hujan yang turun, masih mampu disekat pohon-pohon kayu besar atau hutan, agar tidak pantas mengalir ke sungai. Atas sebab aliran air yang tidak pantas, maka bumi mempunyai peluang menyerap sebahagian air, dan tidak tertumpu ke kawasan rendah, yang menyebabkan banjir teruk.



Namun, kerana penebangan hutan yang agerisif pada tahun 80-an dan diteruskan pada tahun 90-an semasa kerajaan PBS dan awal pembentukan kerajaan Bn, maka hutan menjadi gundul, yang mengakibatkan daya serap tanah berkurangan.



Apbila daya serap tanah menyusut, maka air yang berpunca daripada hujan lebat, akan terus mengalir ke kawasan rendah, kawasan itu adalah sungai. Fakta menunjukkan bahawa daya serap tanah sungguh berkurangan, apabila air yang mengalir ke arah kawasan rendah atau sungai bertukar warna, bukan lagi warna air, akan tetapi bertukar kepada warna tanah, warna kemerahan.



Memang hukum imbang berlaku, apabila alam diusik. Kalau manusia yang mengusik, maka manusia menerima padahnya. Memang sedih melihat rakyat yang terkena musibah banjir, tetapi apakan daya, mereka yang tidak sepatutnya terkena, akan tetapi menerima akibatnya. Mereka yang merosak alam sekitar dengan menebang kayu, tidak pedulipun apa yang berlaku kepada rakyat yang menjadi mangsa, mereka asyik di singgahsana mereka, malah ada yang mengsisi masa mereka di hotel-hotel lima bintang.



Dalam keadaan rakyat menerima musibah, hanya kerajaan atau pemimpin yang prihatin yang turun membantu. Datuk Musa Haji Aman, sebagai Ketua Menteri Sabah, dari awal-awal lagi terlibat membantu mangsa banjir, malah Ketua Menteri itu berkata "Saya mengajak semua pihak, marilah kita terus bersatu hati, bergabung tenaga, berkongsi simpati dan sokongan moral dalam menghadapi musibah ini".



Sejak bermula hujan lebat yang melanda pedalaman Sabah sejak seminggu lalu, lebih 4,000 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan banjir di Dearah Beaufort dan Tenom.



Daripada jumlah itu, 2,549 orang daripada 500 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir di Tenom manakala 1,963 orang daripada 613 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Beaufort.



Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah Tenom ketika dihubungi berkata 29 kampung di daerah berkenaan masih terjejas banjir.



Bagaimanapun, menurut jurucakap berkenaan, empat pusat pemindahan banjir di daerah itu iaitu Rumah Kebudayaan Kg Kalasasan, Rumah Kebudayaan Kampung Sindungon, Rumah Kebudayaan kampung Inubae dan Rumah Kebudayaan Kampung Labut ditutup.



Di Beaufort, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Mohd Sahid Othman berkata jumlah mangsa di daerah berkenaan dijangka bertambah berikutan paras air di kawasan kampung masih meningkat meskipun paras air di Pekan Beaufort menunjukkan sedikit penurunan.



Sementara itu Mohd Sahid berkata 138 orang daripada 40 keluarga yang tinggal di antara Kampung Batu 60 hingga Batu 63 belum dapat dipindahkan kerana keadaan air Sungai Padas yang deras.



Katanya mangsa berkenaan kini berada di kawasan tanah tinggi dan keadaan mereka terus dipantau anggota penyelamat.



“Saya juga memohon kepada semua pihak supaya dapat memberi sumbangan khususnya kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan ini yang memerlukan bantuan seperti selimut, bantal, pakaian dan lain-lain keperluan,” katanya kepada Bernama.



Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah ketika ditemui di sini berkata 15 buah sekolah di Tenom, 19 buah di Beaufort dan dua lagi di Keningau, melibatkan lebih 6,000 pelajar, masih ditutup berikutan banjir di daerah berkenaan.



Katanya semua pegawai daerah juga diarah membuat laporan kepada Jabatan Pendidikan Negeri mengenai sebarang kerosakan yang dialami di sekolah masing-masing yang dilanda banjir termasuk kerosakan buku teks.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Banjir Di Sabah- Banjir Teruk Selepas 19 Tahun

Hujan Berterusan, Banjir Di Sabah Semakin Buruk

Saturday 15 February 2014

Oleh RUBEN SARIO color KOTA KINABALU: Hujan berterusan di kawasan pedalaman Sabah sejak beberapa hari lalu telah memburukkan lagi keadaan banjir di daerah Keningau, Tenom dan Beaufort, memaksa pemindahan hampir 2,600 penduduk dari 32 buah kampung sejak 24 jam lalu.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Hujan Berterusan, Banjir Di Sabah Semakin Buruk

Banjir Melanda Pedalaman Sabah

Friday 14 February 2014










Salah satu lokasi bencana Banjir di kawasan pedalaman Sabah- Dipetik daripada FB Datuk Musa Hj Aman

Kawasan pedalaman Sabah dilanda banjir. Dahulu kawasan tersebut adalah kawasan hutan tebal, atas sebab itu, pada awal 60-an, 70-an, banjir yang melanda tidaklah seteruk banjir pada masa ini.



Tuhan adil. Angkara manusia maka akan menyiksa manusia. Kerugian pada alam disebabkan angkara manusia, kini dirasakan sendiri oleh manusia, dengan bermacam kerugian, bukan sahaja kehilangan nyawa akan tetapi kerugian harta benda.



Atas sebab itu, pada generasi akan datang, jangan rosakkan alam sekitar, kerana padahnya sungguh dahsyat.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Banjir Melanda Pedalaman Sabah

36 sekolah di Sabah diarah tutup akibat banjir

Thursday 13 February 2014

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jamie Alip berkata sekolah-sekolah yang terbabit ialah masing-masing 13 di daerah Beaufort dan Keningau, enam di Tenom dan dua sekolah masing-masing di Sandakan dan Nabawan.






Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - 36 sekolah di Sabah diarah tutup akibat banjir

Kes Pelancong Terjatuh Dari Gunung Kinabalu Insiden 'Satu Dalam Sejuta'

KOTA KINABALU: Kematian pelancong Jerman Victoria Poulsen, yang terjatuh dari Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter hanya merupakan insiden "satu dalam sejuta", kata Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Datuk Dr Zainal Adlin Tengku Mahmud.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Kes Pelancong Terjatuh Dari Gunung Kinabalu Insiden 'Satu Dalam Sejuta'

Rakyat Kedah tidak perlukan hiburan liar – Mapim

Tuesday 11 February 2014

KUALA LUMPUR: Adalah tidak munasabah apabila Kerajaan Kedah menunjukkan minat menganjurkan Majlis Mahabbatur Rasul tetapi dalam masa yang sama membenarkan acara hiburan liar berlangsung.






Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Rakyat Kedah tidak perlukan hiburan liar – Mapim

Pasukan Keselamatan Gagalkan Dua Cubaan Kumpulan Bersenjata Ceroboh Sabah

Thursday 6 February 2014

Oleh MUGUNTAN VANAR color SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Pasukan Keselamatan Gagalkan Dua Cubaan Kumpulan Bersenjata Ceroboh Sabah

Kes Rogol Bawah Umur Di Sabah: Kerajaan Akan Bantu Mangsa

Wednesday 5 February 2014

Oleh RUBEN SARIO color KOTA KINABALU: Bantuan bakal diberikan kepada seorang gadis mangsa rogol berusia 13 tahun apabila Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah mengesahkan akan melakukan segala yang boleh untuk membantunya kembali ke sekolah.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - Kes Rogol Bawah Umur Di Sabah: Kerajaan Akan Bantu Mangsa

30 Kakitangan PKNS Holdings Dipecat Tanpa Sebab

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) hari ini memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7
READ MORE - 30 Kakitangan PKNS Holdings Dipecat Tanpa Sebab