ADVERTISEMENT BANNER

Impak Negatif Terhadap Pengusiran Pekerja Asing/PATI

Wednesday, 17 December 2014


BELUMPUN Kerajaan memulakan tindakan memburu, menangkap dan mengusir pekerja asing/PATI, sektor Pembinaan Sabah sudah berteriak kerana sektor itu akan berdepan dengan masalah besar.



Berkali-kali OKB berhujah bahawa kebanjiran warga asing/PATI di Sabah adalah disebabkan oleh permintaan sektor yang memerlukan pekerja kolar biru seperti pembinaan, perladangan dan perikanan selain perkebunan.



Pembangkang dan pihak-pihak lain yang beretorik politik, hanya tahu menuding jari kepada kerajaan umumnya dan khasnya kepada Umno/Bn, bahawa kononnya menternak warga asing/Pati. Apa yang paling malang adalah tuduhan, kononnya Umno/Bn mempergunakan mereka untuk mempertahankan kuasa.



Semalam di Semenanjung persatuan Pembinaan di Malaya berteriak juga, apabila kerajaan memutuskan menghantar pulang semua PATI yang termasuk dalam program 6P yang meliputi 500,000 orang. Sektor itu akan lumpuh kerana berdepan dengan kekurangan pekerja.



Di Sabah pula, di muka depan Surat Khabar Daily Express pada Rabu, Persatuan pembinaan Sabah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI mempunyai impak negatif terhadap sektor itu, sebabnya 95% perkerja sektor itu adalah warga asing/PATI.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment