ADVERTISEMENT BANNER

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ALA PKR

Wednesday, 29 January 2014










Program Sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Rasulullah s.a.w Rahmat Seluruh Alam" telah berlangsung di Perkarangan Pejabat PKR Jalan Lintas. Ini merupakan program pertama PKR Sabah bagi tahun 2014. Program yang diadakan dilihat sebagai salah satu usaha kepimpinan PKR pusat untuk memulihkan kembali semangat ahli-ahli parti khususnya ahli PKR yang kini sedang berhadapan dengan krisis dalaman.



Program yang dihadiri sekitar 300 orang ahli PKR dan hanya dihadiri oleh DSP Lajim tanpa kelibat Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang yang lain kelihatan suram. Berbeza dengan program-program yang dihadiri oleh DSAI sebelum ini, di mana hampir kesemua presiden parti-parti dalam PAKATAN akan turut serta dalam menjayakan setiap sesi jelajah dan ceramah DSAI.



DSP Lajim dalam ucapannya menganggap, demokrasi yang diamalkan kini merupakan satu sistem yang berat sebelah kerana PAKATAN diberi peluang untuk bertanding di atas "Padang Yang Tidak Sama Rata".



Pada masa yang sama, DSP Lajim turut mengakui kesukaran untuk menawan kawasan-kawasan Majoriti pengundi Islam yang diwakili oleh calon-calon UMNO.



Berbeza dengan ceramah yang disampaikan oleh DSP Lajim, DSAI pula lebih menekankan kepada ceramah berbentuk politik dengan kutukan dan sindiran diselitkan dalam ceramah beliau. Berikut merupakan sedutan ceramah DSAI pada Program Maulidur Rasul yang lalu;












Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment