ADVERTISEMENT BANNER

Disebalik Tidurnya Ular Sawah

Monday, 13 January 2014


Ular sawah mempunyai dua sifat utama. Pertama suka berpuasa kalau musim mengawan tiba; kedua suka tidur kalau sudah kenyang.



Sifat-sifat ular sawah ini, boleh dianalogkan dengan pemimpin politik. Sebab apa, seseorang pemimpin yang sudah berjaya mendapatkan apa yang diinginkan, akan bersifat low profile, malah seolah-olah menghilangkan diri. Sama dengan ular sawah, akan terus tidur apabila masih belum lapar, bangkit semula kalau merasa lapar.



Politik tanah air sampai ke puncaknya pada Mei dan Oktober tahun lalu, apabila PRU dan pemilihan parti Umno berakhir.



Ada pemimpin begitu bingkas sekali, sebelum tibanya dua puncak politik itu, pantang mendengar isu, pasti dilantak, diulas, memberi kenyataan selain membidas.



Sebaik sahaja tahun 2014 bermula, tidak kedengaran lagi kelibat pemimpin itu, dengar-dengar beliau mahu melupakan politik sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun, kerana PRU-14 masih berbaki 4 setengah tahun lagi. Dalam masa 2 tahun, pemimpin itu akan berakting LOW dan cuba Tidak mahu menonjol diri.



Dalam politik, apa yang tidak boleh dinafikan adalah sokongan. Seseorang pemimpin tidak akan berada dipersadanya, tanpa sokongan. Pemimpin boleh sahaja berakting low dan tidak mahu menonjol diri, namun bagi penyokong, ianya tidak mudah berlaku.



Penyokong terbagi-bagi kepada berbagai kategori, ada yang menjadi penyokong seperti pekerja kepada pemimpin; ertinya kehidupannya tergantung penuh kepada pemimpin, sebab penyokong itu telah menganggap menyokong seseorang pemimpin untuk sampai ke persadanya, juga merupakan satu kerjaya, kerana itulah harapan yang diberikan oleh sang pemimpin.



Hakekat inilah yang terlupakan oleh sang pemimpin, kerana beliau boleh sahaja berehat panjang, kerana bekalannya terlalu cukup menampung keperluannya, berlainan dengan penyokong yang kebanyakan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.



Tidak juga dapat dinafikan ada penyokong yang boleh beraksi seperti pemimpin itu, kerana peluang telah diberikan, peluang mendapatkan projek. Akan tetapi berapa ramai kah mereka yang mendapat peluang seperti itu?



Sebagai misalannya, kalau dalam Pilihanraya yang lalu, undi yang diperolehi adalah 11,000, berapa ramaikah diantara pengundi itu boleh berehat seperti sifat ular sawah?





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment