ADVERTISEMENT BANNER

Warna Warni Politik Salleh Tun Said

Sunday, 29 December 2013










DSP Dr Salleh Tun Said

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya. Sebagai blog penganalisis politik tempatan, khususnya Negeri Sabah, pemimpinan kanan Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said dijadikan sebagai penuntup tirai bagi blog suara rakyat bagi tahun 2013.



Politik Salleh bermula pada Parti Berjaya, kemudian Parti PBS dan seterusnya Umno. Salleh menyertai parti-parti yang disebutkan, dikala parti-parti itu merupakan kerajaan. Ertinya, politik Salleh senantiasa sealiran dengan kerajaan semasa.



Tahun 1981, Salleh menjadi calon pilihanraya atas tikit Parti Berjaya di Dun Usukan, namun beliau tewas kepada calon Usno Pandikar Amin Haji Mulia (kini Tan Sri dan Speaker Dewan Rakyat).



Salleh juga pernah menjadi Ahli dewan Undangan dilantik semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah, namun tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya atas tikit parti itu.



Tahun 1990, apabila Umno mengembangkan sayapnya di Sabah, Salleh menyertai parti melayu terbesar itu, seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Umno bagai kawasan anak sulung Umno Sabah, Kota Belud.



Tahun 1994, beliau bertanding dalam pilihanraya negeri atas tikit UBN bagi kerusi DUN Usukan, melawan anak Tun Mustapaha. Seperti yang dijangka, beliau menang mudah, bukan sahaja kerana parti yang disertainya, melainkan Usukan adalah wilayah Usno dan bumiputera islam.



Walaupun pada PRN Sabah itu, BN yang diterajui Umno kalah, namun tidak lama kemudian, Bn membentuk kerajaan negeri, yang membolehkan Salleh menyertai kabinet negeri, di mana lantikan pertama beliau adalah Menteri Kewangan Negeri, dan selepas itu dilantik sebagai Ketua Menteri, dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah.



Sejak tahun 1994, selepas tidak lagi menjadi Ketua Menteri, Salleh pernah dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, dan selama sepenggal, bermula tahun 2004 sehingga tahun 2008, beliau berehat daripada jawatan kerajaan.



Pada PRU-12, iaitu tahun 2008, Salleh tidak menyertai pilihanraya dan pada PRU-13, beliau bertanding semula di kawasan tradisinya Usukan.



Selepas PRU-13 itu, beliau dilantik sekali lagi sebagai Speaker Dewan undangan Negeri, jawatan yang disandangnya sejak tahun 2009.



Dalam arena politik semasa, beliau adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.



Dalam pengelibatannya dalam Umno, Salleh beberapa penggal menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat, dan hanya pada pemilihan tahun 2008 dan 2013, beliau tidak menawarkan diri.



Salleh dalam perjuangan politiknya membawa pendekatan yang sederhana, mengjauhi tindakan yang provokatif. Fakta ini, terbukti pada PRU 2008, apabila beliau tidak terpilih sebagai calon pilihanraya, beliau bertindak menyokong calon-calon parti, malah berkempen seluas-luasnya bagi memastikan calon parti menang dengan cemerlang.



Pendirian beliau jelas, suatu ketika disokong dan suatu masa lagi menyokong. Atas cara kepimpinan beliau itu, maka keadaan politiking semakin redah; buktinya pada pemilihan Umno Bahagian Kota Belud November lalu, beliau menjemput Datuk Musbah Jamli sebagai regunya dalam pemilihan. Musbah adalah mantan Ketua Bahagian Umno Kota Belud yang dikalahkannya pada pemilihan tahun 2008.



Di Peringkat Negeri pula, beliau telah mengistiharkan bahawa sebagai pemimpin nombor dua dalam parti di Peringkat Negeri, beliau akan senantiasa bertindak sebagai nombor dua; atas sebab itu, berbagai usaha pihak-pihak tertentu memperlagakan beliau dengan Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman, tidak pernah berjaya.



Salleh adalah seorang ahli politik yang tidak suka menunjuk-nunjuk, dan tidak gemar kepada protokol. Sesiapa sahaja boleh berhubungan dengan beliau, rumahnya terbuka demikian juga pejabatnya. Beliau tiada limit dihubungi, baik melalui telephon mahupun media sosial seperti facebook mahupun twitter.



Majlis Pernikahan anak sulung beliau yang bermula pada 19 Disember dan berakhir semalam, merupakan majlis yang gilang gemilang; apakan tidaknya majlis itu turut dihadiri pembesar negara termasuk Perdana Menteri dan isteri. Namun, beliau tidak mengwar-warkannya, tersiarpun di media sosial, atas sebab tetamu yang hadir di majlis tersebut.



Tahun depan, penulis akan memilih pemimpin lain untuk menutup tirai analsis politik, seperti mana penulis lakukan saban tahun. Semoga penulis panjang umur dan sihat, maka penghujung tahun 2014, penulis boleh menenulis pemimpin lain pula. Selamat tahun baru 2014 daripada Blogger Suara Rakyat dan Apa Yang Tersirat (url:www.musramrakunman.blogspot.com).





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment