ADVERTISEMENT BANNER

MPN PKR digesa tarik balik pelantikan Ketua Cabang PKR Tenom

Thursday, 5 December 2013




Gambar hiasan



Sumber: Daily Express



Tenom; Kemelut perlantikan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Adris Taripin yang didakwa melalui "pintu belakang" terus memuncak selepas perhimpunan agung khas PKR di Shah Alam Selangor bulan lalu apabila urusetia perhimpunan tersebut dikatakan tidak mengiktiraf dan tidak menyenaraikan nama Adris Taripin sebagai Ketua Cabang PKR Tenom dan juga sebagai seorang perwakilan.



Hal itu didedahkan Dzulkifli Gunsika salah seorang Naib Ketua Cabang PKR Tenom di dalam senarai jawatan kuasa cabang pada sebelumnya (barisan AJK diterajui Halik Zaman) yang masih dianggap sah oleh pucuk pimpinan PKR Pusat.



"Bagaimana pun, kami lega apabila mendapat tahu bahawa jawatankuasa cabang parti itu di sini masih wujud dan sah dari segi perlembagaan parti...(bermakna) hierarki perlantikan pemangku Ketua Cabang haruslah disandang Masdin Tumas selepas Halik Zaman melepaskan jawatan Ketua Cabang sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).




"Kami berasa hairan apabilan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah dengan tanpa usul periksa melantik Adris Taripin sebagai Ketua Cabang baru di sini dengan alasan PKR Tenom digantung...tetapi apakah sebab-sebabnya ia digantung?




"Lagipun apakah rasionalnya perlantikan Adris Taripin selaku Ketua Cabang sedangkan Adris adalah ahli biasa dan bukan salah seorang AJK Cabang yang terkanan selepas Ketua Cabang yang membolehkannya layak dilaktik selaku pemangku Ketua Cabang mengikut perlembagaan parti," tegas Dzulkifli ketika dihubungi Ahad lepas.



Dzulkifli berkata, beliau dan rakan-rakan di kawasan akar umbi berharap agar kepimpinan MPN yang diterajui DSP Lajim Ukin bertindak tegas di dalam perkara ini gengan menarik balik perlantikan Adris Taripin seterusnya melantik dan mengiktiraf Masdin Tumas selaku pemangku Ketua Cabang PKR Tenom.



"Kita mahu memperkasakan parti dan bukan menjadikan PKR di Sabah sebagai bahan ketawa masyarakat sekeliling kita," tambah Dzulkifli sambil menyifatkan perbuatan membelakangi perlembagaan parti umpama satu pengkhianatan.



Dalam pada itu, Masdin Tumas ketika dihubungi menegaskan bahawa perjuangan PKR hendaklah mematuhi lunas-lunas perlembagaan parti supaya tidak timbul perbalahan sesama sendiri hanya kerana menuntut hak di tempat yang salah.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment