ADVERTISEMENT BANNER

Tiru Amerika beri kerakyatan

Tuesday, 12 November 2013

Dahulu heboh tentang pemberian kad pengenalan secara mudah kepada warga asing di Sabah. Setelah masa berlalu isu itu senyap tanpa ada suatu tindakan yang jelas dari kerajaan.



Kemudian kita berhadapan kebanjiran pekerja dari Sabah dan Sarawak dalam pelbagai sektor di Semenanjung. Dan kini, kita berhadapan pula dengan jenayah bersenjata api termasuk kes bunuh.



Yang terbaru ialah kejadian yang menimpa Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek. Allahyarham bukanlah mangsa yang pertama yang terbunuh melalui kejadian ini. Pada tahun ini sahaja beberapa kes berprofil tinggi pembunuhan bersenjata api telah berlaku iaitu Timbalan Ketua pengarah Kastam, Datuk Shaharudin Ibrahim dan Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.



Kadang-kadang saya terfikir adakah ini kesan daripada pemberian kad pengenalan secara mudah yang pernah berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Mungkin saya silap, namun jika diambil contoh yang membabitkan pembunuhan pegawai bank tempoh hari, di dapati pengawal keselamatannya dikatakan berasal dari Sabah dan mempunyai kad pengenalan.



Serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kemudiannya mendapati ramai warga asing khususnya dari Indonesia mempunyai kad pengenalan yang berdaftar di Sabah. Jadi tidak mustahil kebanjiran pekerja dari Sabah ini sebenarnya bukanlah warga asal Sabah, tetapi warga asing yang mendapat kad pengenalan secara mudah tersebut.



Jika benarlah ini berlaku, saya beranggapan negara kita amat malang. Hal ini kerana, kebanyakan negara maju juga memberi kerakyatan kepada warga asing, namun antara syarat yang dikenakan ialah mempunyai kemahiran tinggi yang mampu menjana kemajuan negara.



Seorang rakan saya pernah ditawarkan kerakyatan Amerika kerana kepakaranya dalam bidang sains pertanian. Beliau mencipta bakteria yang mempu menggalakkan hasil pertanian berlipat kali ganda. Tetapi rakan saya menolaknya dan kembali ke Malaysia dan kini memnggunakan hasil kajiannya untuk memajukan sistem pertanian di negara ini.



Itu lebih baik daripada memberi kerakyatan “segera” kepada warga asing dan kepakarannya hanya layak menjadi pengawal keselamatan sahaja.







Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment