ADVERTISEMENT BANNER

PRU 13 : Tiada 3 penjuru di Sg Acheh

Thursday 11 April 2013

Timbalan pengerusi PAS Mohamad Sabu yakin rundingan antara parti itu dengan PKR berhubung calon untuk kerusi Sungai Acheh akan dimuktamad sebelum hari penamaan calon.



Ditanya sekiranya ia pastinya akan melibatkan pertandingan satu lawan satuy dan bukannya tiga penjuru di kerusi DUN, beliau dengan tegas menyatakan: "Ya".



Barisan pemimpin pusat PAS dan PKR dijangka akan membincangkan perkara itu lebih lanjut dan membincangkan mengenai penyelesaiannya tidak lama lagi.



"Kita akan membincangkannya dan tarikh akhirnya ialah hari penamaan, 9 pagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon hari ini.



Ditanya mengenai pandangan peribadinya mengenai perkara itu, Mat Sabu berkata: "Parti ini bukan milik saya".



“Pandangan peribadi saya ialah kita seharusnya berbincang dan mencapai keputusan akhir," katanya ketika ditanya lanjut.



Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment