ADVERTISEMENT BANNER

Mangkin Tua Semangkin Terkutuk

Tuesday 12 February 2013











Nik Aziz Perlu Bertobat

Bekas Timbalan Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas minggu lalu memberi peringatan berbentuk sindiran kepada pemimpin tertentu yang selama ini menguasai Pas secara peribadi. Menurut beliau, Pas bukan hak individu dan tidak seharusnya ditentukan oleh seorang individu didalam apa jua keputusan terbabit parti itu.



Pas ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh memdabik dada menyatakan Pas milik dia, dia sahaja ada hak untuk mentafsir. "Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak, dia sahaja yang layak jadi Mursyidul Am. Dia sahaja layak jadi Presiden. Pas ada 1juta orang ahli, Pas ada dasar, Pas ada perlembagaan dan sistemnya tersendiri.



Pada masa yang sama, Nasharudin turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz, dimana penggugurannya dari Dewan Syura Ulama Pas itu menyebabkan keahliannya didalam Pas juga dengan sendirinya terpecat. Sedangkan beliau difahamkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang bahawa beliau masih lagi menjadi ahli Pas kerana....



Terdahulu Nik Aziz dipetik sebagai berkata, "Tidak penting sama ada dia (Nasharudin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikat apabila "lafaz cerai" (lafaz cerai suami isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi ahli parti didalam Pas".



Justeru semua orang memang dan menyangkakan bahawa kenyataan Nasharudin itu bulat-bulat ditujukan kepada Nik Aziz. Kerana Nik Aziz sahaja sering dilihat, sering sahaja menjadikan sesuatu platform itu hanya milik dirinya sahaja. Sikap Nik Aziz yang sering memutuskan sesuatu mengikut nafsu serakahnya turut berlaku terhadap perkara ghaib yang berada dalam pengetahuan Allah seperti masuk syurga, neraka dosa dan pahala sesorang itu.



Jika kerja Allah pun Nik Aziz berani mencampurinya, apalah sangat dengan kerja parti. Maka tidak hairanlah pada September tahun lalu, Nik Aziz dikatakan awal-awal lagi telah meninggalkan mesyuarat Majlis Syura Pas kerana tidak berpuas hati setelah mendapati agenda mesyuarat lansung tidak menyentuh isu Nasharudin. Sedangkan pada 31 Ogos sebelum itu Nik Aziz telah dikunjungi oleh Anwar Ibrahim dan desas desus mengatakan Anwar telah mengarahkan Nik Aziz supaya memastikan usaha menyingkirkan Nasharudin juga mula kedengaran.



Di akhir kenyataan Nik Aziz diatas, apabila ditanya oleh wartawan isu pemecatan tersebut Nik Aziz berkata "sekarang dia dah janda, siapa hendak boleh ambil" Jelaslah kepada kita semua bertapa angkuh dan bongkak sikap Nik Aziz yang di panggil oleh kera-kera Pas sebagai "tok guru sekali gus diiktiraf sebagai ulama".



Pssstt..butanya mata hati kera-kera Pas ini.





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

3 comments:

Anonymous said...

Hati kera2 bn lagi buta dr dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

jahat betul lidah pena kamu!

Anonymous said...

PD PANDANGAN SY, TINDAKAN NASHA AMAT MELAMPAU. MENGADAKAN PERUNDINGAN DGN UMNO DGN MEMBELAKANGKAN TUAN GURU NIK AZIZ. TUAN GURU TELAH LALUI KEPERITAN BILA BERSAMA UMNO. UMNO HANYA PERLUKAN PAS BILA MEREKA AMAT TERDESAK. BILA MEREKA KUAT, MUSTAHIL MEREKA MAHU BERSAMA PAS. KENAPA UMNO TIDAK MENGAJAK PAS BERSATU TATKALA MENANG BESAR PADA 2004? NASHA DAN HASSAN ALI MEMANG MANUSIA YG SANGAT BODOH. TERLALU BODOH DLM BERPOLITIK. MEREKA JUGA BUKAN PEJUANG SEJATI. TIDAK RUGI KALAU PAS NYAHKAN ORANG YG SEPERTI INI.

Post a Comment