ADVERTISEMENT BANNER

Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun!

Saturday 23 February 2013

"Dari setinggan dan gelandangan,  sekarang mereka menjadi penyamun merayau ke Lahad Datu"


Hakikatnya pada 1963, penduduk Sabah telah memutuskan untuk menyertai Malaysia dan perkara ini pernah saya ulas sebelum ini dalam artikel bertajuk "Kesultanan Sulu: Berapa Lama Hendak Meneran"  dan "Sebuah Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan".

Malaysia adalah negara berdaulat yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, begitu juga dengan negara Filipina. 


Hal ini adalah berbeza dengan 'Kesultanan Sulu'. Negara tiada. Kerajaan tiada. Kedaulatan pun tiada.

Dengan mengaku mengatakan bahawa telah menubuhkan tentera diraja 'kesultanan Sulu' sejak tahun 1999 di negara Filipina, taraf mereka adalah setinggan kerana menubuhkan kerajaan Sulu maya (virtual Sulu sultanate) di dalam sebuah negara sebenar iaitu Filipina. Kemudian, dengan mengaku bahawa telah menubuhkan tentera sendiri sejak 14 tahun lepas mereka adalah gelandangan yang dikenali oleh kerajaan Filipina. Mustahil sekumpulan manusia gelandangan berpakaian ala tentera lengkap bersenjata boleh merayau ke sana ke mari tanpa dikesan di negara berkenaan.

Sumber: Arimi Sidek Online Blog

0 comments:

Post a Comment