ADVERTISEMENT BANNER

Peserta HKR kemalangan, kini di ICU

Sunday 13 January 2013

Peserta HKR kemalangan, kini di ICU


KUALA TERENGGANU 13 Jan: Seorang peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Daud Abdul Manan mengalami kemalangan apabila motosikal dinaiki terbabas di Jambatan Temerloh, berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, kira-kira jam 8 malam semalam.


Beliau yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu dikatakan bersama seorang lagi rakannya dikatakan dalam perjalanan selepas menghadiri himpunan di Stadium Merdeka.


Exco Dewan pemuda Pas, Faizul Abas ketika dihubungi berkata, Daud kini masih tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit kecemasan (ICU) Hospital Temerloh.


Menurutnya, Daud bekerja sebagai penjaja ikan dan mempunyai 6 anak, termasuk bongsu berumur 8 bulan.


Mereka yang sudi menghulur sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Mek Wook @ Rohaya Binti Awang 1110029849518290.






Syndication Via: Sabah 24-7 General Feed

0 comments:

Post a Comment