ADVERTISEMENT BANNER

Himpunan Sabah lempar bunga mawar ke ‘keranda kezaliman’

Sunday 13 January 2013

Himpunan Sabah lempar bunga mawar ke ‘keranda kezaliman’


(Balqis Abdullah)


KOTA KINABALU 13 JANUARI: Lebih 500 orang menyertai Himpunan Sabah

Bangkit di Red Square, Taman Chong Thien Vun, semalam.


Pada himpunan itu, mereka membaling bunga mawar ke arah keranda yang

tertulis ‘Keranda Kezaliman’sebagai simbolik melawan kezaliman

pemerintah.


Dianjurkan gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) berakhir

jam 3 petang itu, himpunan itu mengemukakan 11 tuntutan untuk rakyat

Sabah.


Ia meliputi isu peluang pekerjaan, rumah mampu milik, kos sara hidup rendah, liputan jalur lebar percuma, kadar jenayah minimum, kemudahan pendidikan berkualiti dan percuma, pilihan raya bersih dan adil, negeri hijau dan bersih, lebih royalti minyak dan balak, hak tanah

adat dan pembangunan insfrastruktur.


Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit, Harieyadi Karmin ketika

berucapan menyatakan GEGAR diketuai anak muda Sabah, malah hampir

semua ahli jawatankuasa terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.


Katanya, mereka mahu menyampaikan mesej kepada pemerintah bahawa anak

muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok, duduk diam dan melihat.


“Anak muda mahukan perubahan. Marilah kita bersama-sama menunjukkan

solidariti menuntut hak kita. Tunjukkan kita memang benar-benar

mahukan perubahan.


“Kita mahu tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan tunggul yang

hanya diam apabila hak mereka tidak diberi. Kita mahukan perubahan,

bukan lagi janji kosong yang ditabur,” katanya.


Beliau berkata, GEGAR memberi amaran kepada pemerintah bahawa rakyat

adalah pemegang kuasa dalam sistem demokrasi.


Antara penceramah ialah juruakap Bersih Sabah, Andrew Ambrose dan

beberapa wakil dari mahasiswa, anak muda dan parti politik dari

Pakatan, selain SAPP.


Peserta juga memungut sampah disekitar Red Square, Taman Chong Thien

Vun setelah usai perhimpunan.






Syndication Via: Sabah 24-7 General Feed

0 comments:

Post a Comment