ADVERTISEMENT BANNER

Apa Peranan Sebenarnya Wilferd Bomburing Pada Rakyat Sabah?

Saturday 19 January 2013



Wiramuda (Youth) Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah, Hasmin Azroy Abdullah mempersoalkan apakah sebenarnya peranan Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam bersekongkol dengan PKR; tetapi tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

Sebagai respon kepada kenyataan Bumburing yang keterlaluan menganggap Star sebagai pemecah undi, ingin saya jelaskan bahawa Star mempunyai matlamat yang jelas menerusi apa yang kami panggil Agenda Borneo, lama sebelum kewujudan APS.

Kami menentang dasar Barisan Nasional yang menafikan hak rakyat Sabah. APS baru muncul semalam tetapi terus mendakwa berjuang yang sama sedangkan perjuangan yang dilaungkan APS hanyalah mengulang lidah perjuangan pemimpin Star, Dr Jeffrey Kitingan yang amat konsisten dengan perjuangannya sejak tahun 80-an.

Jika Bumburing benar-benar jujur membantu Pakatan Rakyat, mengapa dia tidak terus menjadi ahli PKR saja? Bahkan Bumburing pernah berkata jika tidak dilayan PKR kelak sesudah menang, dia akan keluar, jadi keluar ke mana? Ke BN kembali?





Tidakkah Bumburing sedar sebenarnya beliaulah pemecah yang nyata bukan hanya dalam pembangkang tetapi juga dalam PKR Sabah sendiri. Seluruh rakyat tahu Bumburing kini menentang rakan sebantal dan seselimutnya puluhan tahun ini hanya kerana tidak lagi dicalonkan oleh Upko-BN pada pilihanraya akan datang ini.

Jadi siapa sebenarnya yang cari makan? Pernah bermaharajalela sebagai ejen BN dan kini jadi ejen PR, sebuah lagi parti besar dari Semenanjung, untuk memecahbelahkan orang Sabah termasuk mereka yang sudah pun mula berkumpul di bawah naungan Star dan Pakatan Borneo.

Kini ramai anak muda termasuk guru-guru yang langsung tiada latar belakang politik sebelum ini kini bersama Dr Jeffrey membantu beliau mencapai apa yang sebenarnya dihasratkan oleh rakyat tulen Sabah untuk mengembalikan kuasa politik kepada parti Sabah serta membebaskan Sabah dari belenggu penjajahan parti Malaya.

Hasmin selanjutnya menyeru semua rakyat Sabah marilah bersatu di bawah Star berjuang menuntut hak kita sehingga kita juga dapat apa yang Wilayah Acheh perolehi di negara jiran Indonesia. Katanya, perjuangan Star sebenarnya sudahpun mula membuahkan hasil di mana pihak-pihak berkenaan mula mendengar tuntutan kita tetapi kalau kita dipecahkan oleh ejen musuh, nescaya mereka tidak akan mendengar kita sebab kita lemah dan dilemahkan seperti apa yang dilakukan semalam ini oleh BN-Umno dan juga cuba ditiru oleh PR-PKR.


Sumber: Media STAR Sabah





Sumber Syndikasi: Suapan [Bahasa] Sabah 24-7

0 comments:

Post a Comment