ADVERTISEMENT BANNER

PENUTUPAN SUNGAI TEMPASUK MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA TANAH KUBURAN BATU GADUNG.

Saturday 8 December 2012


Isu penutupan sungai Tempasuk ini menjadi bahan bualan ramai bagi penduduk kampung-kampung yang terjejas dalam fenomena penutupan aliran sungai Tempasuk ini. bukan sahaja setakat bualan ramai, malah, tindakan BANTAHAN telah pun di ajukan kepada JPS Kota Belud dan wakil rakyat. usaha penduduk kampung dan semua JKKK serta ketua kampung yang terlibat telah menurunkan tandatangan untuk membantah dan meminta pihak berkenaan membuka kembali aliran sungai ini, namun JPS memberikan respon negatif dengan tidak melakukan tindakan susulan seperti dalam bantahan tersebut. begitu juga, bantahan di buat dan diajukan kepada wakil rakyat namun respon tetap sama, hanya menjanjikan retorik kata namun sehingga sekarang sungai Tempasuk menjadi igauan buruk penduduk kampung labuan, wakap, sembirai, lebak moyuh, lingkoudon, taun gusi, jawi-jawi, payas-payas, peladok, merabau, tamau, kota bungan, tawadakan dan sama waktu dengan nya.



Bantahan ini sebenarnya tidak mendapat perhatian khusus daripada pihak berwajib apatah lagi kepada wakil rakyat Dun Tempasuk dan Ahli parlimen Kota Belud. semua nya hanya melahirkan simpulan kata menjanjikan tindakan susulan namun sehingga kini harapan menjadi retorik bicara politik wakil rakyat. Matlamat penutupan sungai tempasuk ini kononnya memberikan impak positif kepada kampung sekitar sungai Tempsuk namun sebaliknya telah berlaku. antara KESAN yang wujud setelah penutupan sungai Tempasuk sejak 4 tahun yang lalu adalah:



1. Mengelakkan banjir berlaku di kawasan persawahan tanaman padi kampung jawi-jawi termasuk kampung taun gusi labuan dan sekitarnnya



2. Mengelakan runtuhan tebing sungai sepanjang aliran sungai tempasuk. Setelah penutupan lain pula berlaku.

3. Mengakibatkan air masin dari laut mengalir masuk sehingga ke kampung payas-payas. ini mengakibatkan petani sawah padi huma mengalami kerugian dan tidak dapat mengerjakan sawah padi seperti sebelumnya.

4. Menyelamat banjir berlaku di jawi-jawi, taun gusi, merabau dan sekitarnya!. Tetapi penutupan ini mengakibatkan kawasan kampung yang belum pernah mengalami bencana banjir pula sebaliknya telah berlaku banjir seperti kg lebak moyuh, lingkudon dan sebagainya.

5. sungai Kuala tempasuk semakin cetek dan mengakibatkan penduduk bekerja sebagai nelayan tidak dapat turun ke laut menangkap ikan.

6. Berlakunya hakisan di kuala tempasuk mengakibatkan kuburan di batu gadung hanyut ke laut.

7. Bertambahnya bilangan buaya di sungai kerana aliran sungai tidak sempurna.

8. Bertambahnya bilangan rumpai dan katong yang terlalu banyak sehingga menyusahkan nelayan .





saya menyeru kepada pihak JPS Kota Belud dan wakil rakyat yang ada untuk memberikan perhatian khusus kepada isu ini kerna ini melibatkan kepentingan awam. penutupan ini bukan menyelesaikan banyak perkara akan tetapi lebih banyak menimbulkan masalah dan kesan negatif. saya sempat meluangkan masa bersama-sama penduduk Tamau, Kota bungan, pintasan, tawadakan, merabau dan peladok untuk turut membantu dalam gotong-royong pengorekan pasir di sepanjang tanah perkuburan Batu Gadung antara mendapat kesan buruk akibat penutupan sungai Tempasuk ini. Tahap HAKISAN yang begitu kritikal sepanjang perkuburan ini telah berlaku, dan saya di fahamkan, Datuk Musbah dan Datuk Rahman juga telah pernah melawat perkuburan ini, namun seperti yang saya katakan, kata-kata seorang politikus jarang sekali tertunai walaupun melibatkan kepentingan awam.!




saya sertakan gambar-gambar kesan penutupan sungai Tempasuk kepada tanah perkuburan Batu Gadung.
















jalan terHAKIS teruk














Kesan HAKISAN sepanjang perkuburan Batu Gadung










Persisir pantai membentuk kuala dan mengakibatkan Hakisan yang teruk berlaku.
















Katong yang bertimbun sepanjang persisir pantai perkuburan Batu Gadung.





























Link: RSS Syndication

0 comments:

Post a Comment