ADVERTISEMENT BANNER

Pegawai SPR Mempunyai Hak Untuk Sertai Parti Politik?

Monday 10 December 2012


"Seseorang pegawai SPR yang menyertai parti politik perlulah tidak mencampur-aduk antara tugasannya dengan ideologi politik dan berpendapat ia adalah menyalahi etika kod kerja seorang penjawat awam, "kata pengerusinnyaTan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Dalam pada itu, kata Abdul Aziz, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mempunyai hak demokrasi untuk menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh memihak semasa menjalankan tugas, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Kenyataan pengerusi SPR itu bertujuan menjawab tuduhan PAS terdapat pegawai kanan SPR cawangan negeri Sabah mempunyai jawatan penting di peringkat pemuda Umno bahagian Kinabatangan.

Sikap memihak SPR terus dipersoalkan oleh pembangkang dan aktivis Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Tidak salah untuk mana-mana pegawai SPR menyertai parti politik. Tidak kisahlah sama ada menyertai PAS, PKR ataupun Umno.

“Itu hak demokrasi,” kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi berkenaan isu tersebut.




  • Walaubagaimanapun, Abdul Aziz menegaskan pegawai SPR tersebut haruslah tidak bersikap memihak atau menyalahgunakan kuasa semasa menjalankan tugas.

  • Beliau juga menegaskan SPR mengalu-alukan jika terdapat kebenaran ke atas tuduhan oleh PR jika pegawai itu menyalahguna kuasa dan menggesa mereka membuat aduan serta memberi bukti untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

  • “Jika ada bukti yang mengatakan pegawai itu bersalah, sila kemukakan bukti. Kalau boleh berikan nama, jawatan dan gambar kalau ada.

  • “Kami akan siasat tanpa memilih siapapun pegawai tersebut,” kata Abdul Aziz.




Sumber: The Malaysian Insider





ORIGINAL ARTICLE / Artikel Asal

0 comments:

Post a Comment