ADVERTISEMENT BANNER

Orang Sabah Kuat Seks?

Thursday 20 September 2012



Baru-baru ini saya tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan dalam portal berita SabahKini, berjodol 'Orang Sabah Kuat Seks'. Artikel ini ditulis oleh seorang penulis wanita yang dikenali sebagai,’ NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI.

Tajuk yang agak pelik ini ada lah bersandarkan kepada lapuran bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak.

  • Bancian penduduk tersebut, mengejutkan Noor Halim kerana negeri Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.

  • Ini bererti bilangan penduduk Sabah bertambah sebanyak 242 % lebih dari negeri Sarawak. Peratusan pertambahan penduduk sebenarnya jauh lebih tinggi jika diambil kira bahawa pada tahun 1970 penduduk Sarawak adalah lebih ramai melebihi penduduk Sabah sebanyak lebih 300,000 orang, kata Lopung.

  • Kata nya, senario menakjubkan ini menunjukkan pertambahan penduduk secara exponential, dengan kata lain kadar pertambahan penduduk Sabah jauh lebih cepat dari Sarawak.

  • Perbandingan pertambahan penduduk lebih adil dan logik dibuat dengan negeri Sarawak kerana keadaan persekitaran dan kadar kematian yang hampir sama dengan kedua-dua negeri.


Menurut Noor Halim, kebanyakan menteri dan pemimpin negara ini menafikan bahawa pertambahan penduduk yang mendadak terhadap negeri Sabah disebabkan oleh kemasukan pendatang asing dan penerimaan sebagai warganegara Malaysia.

Berhubung isu pertambahan kerakyatan luar biasa ini, rakyat Sabah ingin tahu adakah lonjakan demografi ini disebabkan pemberian warganegara songsang atau pun memang rakyat Sabah mempunyai keinginan seks yang teramat tinggi dan mampu melahirkan anak yang kerap sepanjang tempoh 20 tahun lalu, kata Noor Halim.

Sumber: SabahKini






via Sabah247 http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/orang-sabah-kuat-seks.html

0 comments:

Post a Comment