ADVERTISEMENT BANNER

Kes 'Tarian Sumazau untuk Golongan Rendah Akhlak' Masih Hangat Dalam Kenangan

Monday 17 September 2012



Walau pun isu sensitif lagi sensasi berjodol "Tarian Sumazau untuk Golongan Rendah Akhlak" yang dipapar dalam blog Suara Pakatan Rakyat(SPR) sudah beredar sejak seminggu yang lalu, namum persepsi rakyat Sabah yang terdiri dari suku kaum KDM masih lagi hangat dan belum selesai.

Isu tidak kepuasan hati suku kaum KDM ini masih lagi kita lihat dipanjangkan melalui laman face-book hingga hari ini.



  • Mungkin kerana desakan serta tekanan dari aktivis dari Sabah dan pemimpin-pemimpin nasional dari BN dan PR, penulis terpaksa akur dengan men-'delete' kan post tersebut disamping permohonan beliau agar dimaafkan, khas nya oleh rakyat Malaysia dari Sabah.


Dalam pada itu, penulis SPR telah sempat menyatakan pendirian beliau melalui satu artikel yang beliau post pada 13 september 2012 lalu.

Untuk pembaca yang belum membaca post itu maka saya sertakan artikel tersebut untuk kita kongsi bersama.



Artikel itu ditulis saperti berikut;




Perlukah Setiap Blog Dibayar Parti Politik?

(The Editor Opinion)



MALAYSIA yang penulis tahu adalah negara demokrasi dengan setiap orang bebas menyatakan pandangan dan pilihan parti politik mana yang disokong. Hal ini termasuklah dalam soal penulisan blog untuk menyatakan pandangan mengikut citarasa masing-masing.

Tapi sejak kebelakangan ini seakan sudah ada kelaziman dari segi persepsi, kalau blog politik, mesti ditaja atau dibayar parti politik tertentu. Kalau menyatakan pendapat berlainan daripada arus semasa parti politik berkenaan, maka blog itu dikatakan penyamar dan sebagainya. Kalau yang sebelum itu menyokong parti-parti tertentu tapi bertukar nada, maka ia dikatakan mengkhianat.


  • Sedangkan semua orang lupa, bukan semuanya begitu, ada juga yang menulis kerana minat, nak jadi wartawan, kerja sedia ada sudah cukup lumayan, tak perlu nak berkejar ke sana sini mencari berita.

  • Penulis dalam hal ini tidak terkecuali. Penulis tak perlu duduk dalam payroll parti politik mana-mana pun untuk menulis dan menguruskan blog ini. Penulis sendiri pun tidak yakin semua yang berblog ini kerana menerima bayaran atau tajaan walaupun penulis tahu ada, terutama sekali blog politik.

  • Keadaan ini sebenarnya lebih kurang sama dengan komposisi pengundi di negara ini, lebih ramai yang di atas pagar dari yang berparti, cuma dalam kes penulis, penulis lebih cenderung kepada perjuangan Pakatan Rakyat, kerana ingin melihat perubahan berlaku di negara ini.

  • Begitu juga bila penulis memilih untuk menggunakan nama Suara Pakatan Rakyat, apa yang masalahnya disitu? Adakah Suara Pakatan Rakyat ini nama berdaftar sehingga hanya pihak-pihak tertentu saja yang layak menggunakannya disisi undang-undang? Kalau tidak salah penulis, nama Pakatan Rakyat itu sendiri pun tidak didaftarkan, jadi apa masalah dan apa salahnya dengan Suara Pakatan Rakyat?

  • Nama itu sebenarnya lahir dari anggapan penulis bahawa sebagai sebuah komponen, Pakatan Rakyat perlu mempunyai satu suara dalam menyatakan pendapat mengenai sesuatu isu. Apa yang penulis lihat sekarang, Pakatan Rakyat lebih banyak mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain, ini perlu diakui.


Banyak yang dicakapkan tentang BN dan cara mereka berkomponen, tapi dalam menyatakan dasar bersama, nada mereka sama sahaja.

Kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh menjadi begitu? Itu yang penulis pelik. Tengok saja dalam isu hudud, PAS dengan PASnya, DAP dengan DAPnya, tapi dalam masa yang sama mengaku berkomponen!! Sudah berapa kali mesyuarat mengesahkan hudud bukan dasar bersama Pakatan Rakyat, tapi PAS akan tetap membangkitkan perkara tersebut dari masa ke semasa.


  • Pada pendapat penulis, berkomponen bukan setakat sama-sama menjulang tangan tapi juga bersetuju dalam banyak hal sebagai dasar kerana rakyat bukan mahu lihat sesiapa berjulangan tangan tapi dasar bersama yang nak ditawarkan sebagai kerajaan.

  • Antara sebab kenapa tidak ada satu pun lambang parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam blog ini ialah kerana protes penulis terhadap keadaan yang berlaku sekarang – setelah 4 tahun ditubuhkan di Perak, Pakatan Rakyat masih gagal didaftarkan dan lebih penting bertanding atas satu lambang. Itu yang banyak menyebabkan berlaku percanggahan sekarang.

  • Jadi fikir penulis setahun dulu, kalau tidak ada yang nak membuka langkah, biar penulis mulakan. Walaupun langkah itu dilihat banyak pihak sebagai sumbang, tapi tidak mengapalah. Yang penting penulis tidak anggap diri penulis orang PKR, PAS dan DAP tapi Pakatan Rakyat.

  • Tapi penulis mengaku teruja dengan gaya kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu memang lumrah dan resmi penulis sejak dulu lagi, semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, orang nak kata apa, katalah, itu hak penulis memilih pemimpin mana yang disukai.


Penulis masih berharap satu hari nanti Pakatan Rakyat akan menjadi entiti yang sah disisi undang-undang, supaya kerjasama itu boleh diselaraskan dan sebagainya. Jika itu berlaku, mungkin penulis akan menukar nama blog ini kepada sesuatu yang lain pula.

p/s Penulis dengan perasaan rendah diri meminta maaf kalau artikel mengenai tarian Sumazau tempoh hari mengguris hati dan perasaan rakyat Sabah terutamanya. Penulis memang tidak ada niat sebegitu (menghina). Artikel tersebut telah pun ditarik balik dan tidak akan dikeluarkan lagi. Penulis berjanji akan lebih berhati-hati dalam menulis perkara sama di masa akan datang.

Sumber: Suara Pakatan Rakyat






via Sabah247 http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/09/tarian-sumazau-untuk-golongan-rendah_17.html

0 comments:

Post a Comment