ADVERTISEMENT BANNER

Nostalgia Pejabat Pendidikan Daerah Tamparuli

Thursday 30 August 2012



Tamparuli, daerah kecil yang terletak di pantai barat 'negeri dibawah bayu' ini, mempunyai penduduk sebanyak lebih kurang 50,000 orang.

Disamping itu, ia nya mempunyai rangkaian berpuluh-puluh sekolah (termasuk sekolah menengah), pusat pendidikan dan cadangan pusat pengajian tinggi saperti Politeknik dan Universiti.


  • Tamparuli mula mendapat perhatian ramai bilamana sebuah lagu kadazan/Dusun berjodol 'Jambatan Tamparuli telah diedarkan dipasaran sejak beberapa tahun yang lalu.

  • Seterusnya Pekan Tamparuli dianjakan lagi pengenalan nya ketahap Nasional oleh Marsha Millon Londoh (gambar kanan), penyanyi berketurunan suku kaum dusun ini, telah menggegarkan daerah ini bilamana beliau telah terpilih untuk menyerti program realiti Akademi Fantasi ke3 yang berpusat di Kuala Lumpur.

  • Walau pun pada asas nya, topographi kawasan tersebut yang kebanyakan nya terdiri dari bukit-bukau, gunung-ganang, namun operasi dari segi pendidikan ada lah normal dan sama saperti yang terdapat di daerah-daerah yang lain di Sabah ini.

  • Dilapurkan, kejayaan ini berpunya kerana ada nya bantuan Pegawai Kanan dari pejabat pendidikan daerah Tamparuli selaras dengan kehendak situasi dan syarat pendidikan di sana.

  • Namun skim perkhidmatan dan pentadbiran pejabat Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) daerah kecil Tamparuli yang dikatakan banyak membantuk perkembangan pempelajaran daerah tersebut kini telah dilupuskan dari senarai carta Jabatan Pendidikan Sabah dalam kadar yang segera sejak tahun lalu.


Semua skim pentadbiran PPD daerah Tamparuli telah diserah kepada PPD Tuaran. Konon, Justifikasi nya ada lah untuk mengurangkan birokrasi disamping memudahkan lagi penyelarasan pendidikan bersepadu di daerah Tuaran secara menyeluruh .

Walhal, Pentadbiran daerah kecil Tamparuli sehingga masa kini, dikendalikan pentadbiran nya oleh seorang Penolong Pegawai Daerah yang bertempat di kawasan tersebut dengan sepenuh masa.

  • Menurut pandangan para pendidik di daerah Tamparuli, sejak pelupusan PPD daerah kecil Tamparuli ini, banyak kerja dan pengurusan pendidikan yang ada hubung kait dengan kawasan tersebut terpaksa berhadapan dengan permasaalahan saperti perkhidmatan yang lambat dan sebagainya. Selaras dengan kemampuan PPD Tuaran dan masaalah keluasan kawasan yang terpaksa di harungi oleh hanya seorang PPD yang berpusat di Tuaran.

  • Menurut para pendidik tersebut selanjutnya, penutupan dan pelupusan pentadbiran tersebut ada lah tidak manasabah kerana implikasi nya akan melemahkan sistem pempelajaran di kawasan tersebut dalam jangka yang pendek dan juga panjang.

  • Kata mereka, pentadbiran PPD di Tamparuli yang telah ujud sekian lama sepatut nya di kekalkan untuk beroperasi saperti juga kawasan-kawasn yang setaraf dengan logistik nya. Saperti Kunak, Nabawan, Tongod, Kuala Penyu, Pitas dan lain-lain lagi.

  • Menurut pandangan mereka, perkhidmatan serta pentadbiran PPD di daerah kecil Tamparuli, perlu diteruskan.

  • Dalam situasi yang sedia ada dan demi untuk rakyat Tamparuli, hanya pemimpin dari organisasi politik sahaja yang dapat menyelamatkan kesinambungan skim perhidmatan dan pentadbiran PPD Tamparuli.

  • Jikalau tidak, perjalanan perkhidmatan pendidikan disana akan bertambah teruk. Seakan-akan ia nya menampakkan satu potret ngeri yang membayangkan PPD Tamparuli sebagai sebuah Pusara Tanpa Nisan.


Dalam isu yang penting ini, saya sempat berbincang dengan Datuk Jahid Jahim (gambar kiri) selaku ADUN daerah tersebut. Dalam perbincangan itu, beliau setuju kalau pelupusan PPD Tamparuli itu dikaji semula.

Walaumacam mana pun, kerana perkara ini banyak hubung kait nya dengan kementerian perseketuan ada lah lebih efektif kira nya Ahli Parlimen Tuaran masa kini atau pun dimasa akan datang campur-tangan dengan berusaha menyampaikan hasrat rakyat Tamparuli ke pehak kerajaan perseketuan agar PPD Tamparuli di teruskan perkhidmanan saperti sediakala; sapertimana yang diperjuangkan oleh Datuk Anifah Aman terhadap PPD daerah Membakut.

Sumber: Ilham Penulis






via Sabah247 http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/08/nostalgia-pejabat-pendidikan-daerah.html

0 comments:

Post a Comment